Salam Semua,
Saturday, June 15, 2024
Webinar Teknik & Strategi Menghadapi Common Paper dan Technical Civil Paper PCE
Monday, July 23, 2018
Tips Elak Kerja Bertangguh (procrastinate)
Malah ada juga orang yang paling produktif di dunia, yang diiktiraf oleh TedTalk, Chris Bail, juga mengaku dia bertangguh. Dan dia nyatakan di dalam buku dia, The Productivity Project, yang dia bertangguh selama 6 jam dalam masa seminggu. Kalau kita? Entah la, berpuluh jam la kot. Sebab kita tak track setiap jam seharian kita. Jadi kita tak tahu.
Habis tu, kalau dah semua orang bertangguh, tak salah la kan? Memang tak salah, tapi kalau tak di kawal ia akan jadi melampaui batas. Kita kena usaha untuk kawal sikap bertangguh kita hingga ke tahap paling minima yang kita mampu.
Baik, sebelum tu, saya nak terangkan kenapa kita bertangguh secara biologi. Otak kita sebenarnya ada dua bahagian. Bahagian binatang yang dipanggil limbic system dan bahagian manusia yang dipanggil prefrontal cortex. Tu sebab dalam Quran ada cakap orang yang ikut hawa nafsu serupa je macam binatang. Rupanya memang ikut hawa nafsu ni, ikut bahagian limbic system ni la, bahagian otak binatang kita.
Limbic system ni boleh kata bahagian nafsu kita. Kita nak happy, nak seronok, taknak susah - susah buat kerja, itu semua proses limbic system. Ada kebaikan limbic system ni. Sebab tanpa nafsu yang bergabung dengan prefrontal cortex, kita takkan ada teknologi dalam dunia ni.
Tapi limbic system ni buat kita kerja bertangguh. Jadi kita kena lawan la kan? Lawan tu boleh, kalau mampu la. Sebab kalau ikut evolusi teori (aku tak brape percaya sangat evolusi teori, tapi ambil la pendapat dia), limbic system ni dah berevolusi selama berjuta tahun. Prefrontal cortex ni baru beratus ribu tahun berevolusi. Jadi sentiasa kuat limbic system ni sebab dia lebih senior.
Jadi jangan lawan, cuba buat kawan. Tapi nak buat kawan pun kena ada strategi. Macam kita cuba nak jinakkan haiwan la. Kena ada ilmu dan strategi. Kalau ada ilmu, walau buaya mahupun harimau pun, kita mampu jinakkan.
Strateginya, mula-mula kita kena tahu dulu punca-punca kita bertangguh. Menurut buku The Productivity Project yang ditulis Chris Bail, beliau menyenaraikan 6 punca dan beliau juga masukkan satu contoh untuk menanganinya seperti berikut:
Bosan : Kerja nak dibuat tu renyah dan membosankan.
Solusi : kalau kerja tu bosan, jangan buat di tempat yang membosankan. Pergi ke kafe atau restoran kegemaran anda dan buat kerja yang renyah dan membosankan tu bersama kopi kegemaran anda. Kalau anda suka tempat tenang pergilah ke tepi pantai ke, ke taman tasik ke, apa sahaja tempat janji ia tempat kegemaran anda. Tempat begini akan menaikkan semangat anda buat perkara tersebut. Kalau kerja? Macam mana pula? Mungkin kita tiada pilihan sebab mana boleh keluar dari pejabat masa waktu kerja. Anda boleh la tukar tempat dari buat di tempat anda pergi buat di dalam bilik mesyuarat ke. Tapi kalau tiada pilihan guna la tips lain.
Merunsingkan: kerja yang anda buat tu memang sangat merunsingkan.
Solusi : jangan kerja lama sangat. Kerja selama 30 minit sahaja kemudian berhenti la. Melainkan anda sendiri yang taknak berhenti buat kerja tersebut. Namun, kalau tak boleh berhenti, sebab due date nak dekat, adalah baik juga untuk anda ambil rehat setiap 30 minit bekerja. Ambil la rehat dalam 5 minit ke 10 minit begitu kemudian sambung balik.
Susah : Kerja yang kita suka tangguh tu selalunya susah nak buat.
Solusi : Bila susah, maksudnya ilmu tak cukup. Kita kena la rajin bertanya pada yang pakar. Cari dalam internet step yang paling mudah nak buat. Dokumen apa nak kena kumpul dan sebagainya. Elok juga buat masa pagi sebab otak kita tengah segar, fokus dan tenaga kita tengah tinggi.
Tidak teratur: kerja tu tidak teratur dan buatkan kita malas nak mulakan.
Solusi : kita aturkan dia. Yela, kita buat dia kan? Rancang setiap langkah yang perlu buat secara terperinci yang boleh. Kemudian buat langkah demi langkah. Saya juga dapat dari buku Brian Tracy bertajuk Eat That Frog yang menyatakan masalah besar boleh dipecahkan kepada masalah kecil, dan kemudian selesaikan masalah kecil tu satu per satu sampai selesai masalah besar tersebut. Sebab kita ni pun satu, tengok benda besar memang malas nak buat. Kalau benda dah pecahkan kepada masalah kecil, senang sikit la nak buat dan mulakan.
Kurang personal meaning : kerja tu kurang personal meaning
Solusi : Senaraikan perkara yang baik untuk diri sendiri sekiranya kerja selesai. Lagi meaningful untuk anda lebih baik.
Kurang personal reward : Kerja tu tiada reward untuk diri sendiri.
Solusi : Belanja la diri sendiri bila kerja tu selesai. Contohnya, bila kerja tu besar, kita pecahkan kepada bahagian kecil. Setiap selesai satu bahagian kecil tu, kita reward diri seringgit. Kalau ada 10 bahagian, dah dapat sepuluh ringgit. Jadi belanja la diri dengan 10 ringgit tu.
Itu cara nak melatih diri dari tidak bertangguh kerja. Jadi, lepas ni, kalau anda ada kerja penting yang anda tangguhkan, ambil pen dan kertas dan tengok balik ciri-ciri kerja tersebut. Mesti ada ciri-ciri di atas dan rancang bagaimana nak menjinakkan ciri-ciri tu. InsyaAllah, anda akan mula menyelesaikan kerja tu dan tidak lagi bertangguh.
Thursday, July 5, 2018
Saya dan Produktiviti Tinggi
Saya pula boleh dikatakan pengkaji sambilan tentang produktiviti. Disiplin pun kadang ada naik dan turun untuk mengamalkannya. Jadi, mulai hari ini, akan menjadi seorang pengkaji dan pengamal teori produktiviti tinggi dan akan berkongsi dengan pembaca blog saya.
Saya juga ada satu cita-cita. Saya mahu buat satu syarikat kejuruteraan yang memiliki pekerja berproduktiviti tinggi yang bahagia bekerja. Saya yakin, melalui pembacaan, kajian dan eksperimen yang saya lakukan, saya pasti akan mampu membina syarikat seperti itu.
Mencapai Produktiviti Tinggi Dengan Menulis Diari (Dan Cara-Caranya)
- Pastikan ia mudah.
- Cari masa yang konsisten yang berfungsi untuk anda selama 30 hari akan datang.
- Buang segala sifat mahukan kesempurnaan dan biarkan apa sahaja yang muncul dari minda anda, apa yang terlintas, maka tulis sahaja dalam diari anda. Tiada peraturan.
Tuesday, June 19, 2018
Tiada Lagi Laporan Pengalaman Untuk Duduki Temuduga PE
Terlebih dahulu, saya nak beritahu yang saya ni bukanlah ada apa-apa hubungan dengan IEM atau BEM. Maksud saya, saya bukanlah orang besar dalam kedua badan ini. Tapi dalam pada tu, ramai juga kawan dan pembaca yang bertanyakan soalan kepada saya berkenaan macam mana nak dapatkan PE ni. Tak semua saya tahu dan ada juga yang saya kena telefon dan bertanya sendiri kepada IEM tentang perkembangan baru.
Dalah satu cerita ni, seorang sahabat saya ni bertanya bagaimana nak isi borang baru. Sebab masuk je tahun 2018, memang borang untuk duduki temuduga PE sudah diubah. Makin susah nak isi? ye, memang susah. Tapi kebaikannya, tiada lagi laporan pengalaman perlu dibuat. Hanya perlu isi borang tu dan hantar ke IEM beserta dengan laporan teknikal anda. Jadi nak cakap ini adalah berita baik, yes. Tapi nak dikatakan ini berita buruk, benar juga sebab susah jugak la nak isi borang tu.
Antara bahagian yang susah nak isi dalam borang tu adalah "Training & Experience Report (Portfolio of Evidence)". Bahagian nilah yang akan ganti laporan pengalaman yang aku maksudkan tu. Dalam borang tu korang kene terangkan pengalaman korang dalam 5 competency categories yang merangkumi 18 competency elements. Dan setiap competency category tu kena ada penerangan lebih kurang 500 perkataan. Maklumat lanjut korang boleh la ke Website IEM untuk muat turun garispanduan mereka di sini.
P/S: Setakat ni yang saya tahu (pada 21 June 2018), BEM masih memerlukan laporan pengalaman dan borang BEM masih menggunakan format lama. Jadi terpulang, nak melalui BEM atau IEM. Mungkin BEM juga akan tukar format di masa depan nanti itu saya sendiri tiada maklumat.
Friday, November 17, 2017
Apakah Perkara Asas Dalam Ilmu Juruteraan Geoteknikal?
Tapi selepas aku bekerja, aku telah didedahkan akan peri pentingnya kejuruteraan geoteknikal ni. Di mana sahaja kerja jurutera awam memang perlukan jurutera geoteknikal. Kecuali kalau kerja itu dibuat di angkasalah. Mungkin kepakaran geoteknikal ini tidak diperlukan.
Antara sebab musabab aku kurang berminat dengan kejuruteraan geoteknikal ini adalah, aku merasakan ilmu kaji tanah ini masih kurang jelas. Segala berkaitan dengannya lebih kepada keputusan melalui pengalaman dan eksperimen. Tidak datang dari kajian mendalam mengenai ilmu kaji bahan seperti yang dilakukan dalam kejuruteraan struktur.
Namun, inilah kehidupan sebagai jurutera awam. Mana boleh, dalam kehidupan praktikal yang sebenar, semuanya dikaji sehingga pasti. Kalau nak tunggu pasti, maka tiadalah bangunan tinggi di dunia ini.
Sekarang ini, aku mulai berminat untuk memahami kejuruteraan geoteknikal kerana aku sudah nampak akan aplikasinya dan kepentingannya di dalam dunia jurutera awam. Seperti aku katakan tadi, hampir semua, silap-silap semua jurutera awam perlukan khidmat jurutera geoteknikal ini.
Benda paling penting dalam geoteknikal adalah memahami kekuatan tanah. Kekuatan tanah, secara asasnya, hanya datang dari dua sumber sahaja. Ha? Dua sumber sahaja? Biar betul? Ya, dua sumber sahaja. Fahami kedua sumber kekuatan tanah ini boleh memudahkan anda memahami keseluruhan idea geoteknikal ini. Hebat bukan?
Kedua-dua sumber tersebut adalah daya geseran, yang menjadi sumber utama daya kekuatan di dalam pasir, dan daya lekitan, yang menjadi sumber utama dalam tanah liat.
Daya geseran, berlaku antara butiran-butiran pasir yang bersentuhan antara satu sama lain. Memang setiap sentuhan, dalam sains fizik, akan membentuk geseran. Jadi geseran ini menjadi kekuatan kepada tanah jenis pasir.
Manakala dalam tanah liat pula, daya lekitan menjadi sumber utama kekuatan. Kalau anda bermain dengan tanah liat, anda akan rasa tanah liat tu melekit atau melekat-lekat di tangan anda. Itulah daya lekitan.
Dalam kiraan kekuatan tanah, pasir dianggap tiada daya lekitan. Manakala tanah liat pula selalunya, bukan setiap masa, akan dianggap tiada daya geseran. Ini bagi memudahkan kiraan dan kiraan kekuatan tanah akan menjadi lebih konservatif.
Bayangkan, hanya dari dua daya ini, maka keseluruham ilmu kejuruteraan geoteknikal tercipta. Menarik bukan? Cuba bayangkan, dari pembinaan bangunan tertinggi seperti KLCC dan Burj of Dubai, pembinaan jalanraya seperti PLUS, semua memerlukan kajian terperinci mengenai geoteknikal. Namun semua itu masih kukuh sampai sekarang kerana pengetahuan manusia akan daya geseran dan daya lekitan.
Jujurnya, jurutera dalam bidang geoteknikal ini masih banyak yang tak tahu dan kurang pasti pasal tanah. Kajian baru sentiasa akan keluar dan kalau mereka malas belajar pasti akan ketinggalan. Namun kami jurutera kena memastikan, dengan ilmu yang ada, struktur binaan cukup kukuh, untuk menjamin keselamatan awam.
P/S: Saya pun baru nak berjinak dalam dunia kejuruteraan geoteknikal ini. Jadi kalau entry kali ini ada salah fakta, tolong tegurkan. Terima kasih.
Friday, November 10, 2017
Banjir di Kedah dan Pulau Pinang
Berita kali ini lebih tertumpu pada banjir yang besar yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah pada 4-5 November 2017. Banjir ini menjadi antara banjir terburuk dan memburukkan lagi keadaan, apabila penduduk tidak bersedia menghadapinya.
Dalam akbar the Sun tersebut, saya tertarik dengan "surat" yang dihantar oleh Ir Dr Tan Yean Chin, President IEM. Beliau menulis bahawa menurut Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan yang dilanda banjir itu mengalami taburan hujan yang melebihi 100 tahun Average Recurrence Interval (ARI).
Apa itu ARI? Kalau ikut maksud teknikal, saya sendiri pun berkerut dahi untuk mula-mula nak pahamkan maksudnya. Jadi saya cuba terangkan di sini secara kurang teknikal sikit.
Taburan hujan mempunyai masa yang tinggi dan rendah. Sebagai contoh, dalam setahun, ada hari yang hujan akan berlaku secara maksimum. Kita namakan ini sebagai 1 tahun ARI. Kalau dalam masa 5 tahun, akan ada hari yang hujan paling maksimum, kita akan namakannya sebagai 5 tahun ARI. Begitu juga untuk 10 tahun, 20 tahun, 50 tahun dan 100 tahun.
Mana nak mendapatkan ARI ni? Di Malaysia, kita ada satu buku garispanduan untuk mengira ARI ini yang dipanggil Manual Mesra Alam Malaysia (MSMA). Selalu di kalangan jurutera awam, kami panggil Masma jer.
Seorang jurutera awam yang pakar dalam bidang saliran, sungai, perparitan dan banjir di Malaysia memang akan jadikan buku Masma ni sebagai bantal tidor mereka. Maksudnye, Masma memang rujukan utama mereka.
Namun seperkara lagi, lepas jurutera kira 100 tahun ARI, tak bermaksud taburan hujan itu hanya akan berlaku cuma sekali dalam seratus tahun. Ia cuma telahan secara kajian terdahulu berdasarkan pengetahuan manusia tentang statistik sahaja. Boleh jadi hujan 100 tahun ARI boleh berlaku lebih kerap dari 100 tahun selaan masa. Maklumlah, tentang masa depan, hanya Tuhan jer yang tahu.
Cuma saya nak cerita apabila hujan melebihi 100 tahun ARI, banyak retention pond (tasik buatan yang dibina oleh pemaju sesebuah kawasan untuk memastikan kawasan perumahan mereka tidak berlakunya banjir di masa akan datang) kita di Malaysia ini tidak mampu menanggung air hujan tersebut dan ia menjadi penyebab berlakunya banjir teruk. Kerana OSD di Malaysia hanya direkabentuk untuk menanggung air hujan setakat 100 tahun ARI sahaja.
Kenapa jurutera merekabentuk 100 tahun jer?? Kenapa tak tinggi lagi? Seratus tahun sebenarnya dah cukup besar pada pandangan jurutera awam seluruh dunia. Malah, kami sebagai jurutera juga hendaklah memastikan satu-satu rekabentuk itu ekonomikal. Kalau direkabentuk lebih dari 100 year ARI, retention pond diperlukan hendaklah lebih besar dan pembinaannya menelan belanja yang lebih tinggi. Yang 100 tahun ARI punya rekabentuk ni pun dah mahal dan memerlukan ruang yang besar.
Seperkara lagi, dalam "surat" tersebut, Ir Dr Tan ada menyatakan bahawa faktor perubahan cuaca juga perlu diambil kira dalam merekabentuk semua pembangunan. Kata beliau lagi, Buku seperti The National Hydraulic Research Insitute Malaysia Technical Guide on Estimation of Future Design Rainstorm Under the Climate Change Scenario in Malaysia adalah satu rujukan tambahan kepada jurutera awam dalam bidang saliran, sungai, perparitan dan banjir.
Ir Dr Tan menyeru pihak kerajaan dan IEM juga sudi membantu untuk membentuk satu garispanduan yang lengkap dan bersepadu bagi mengelak banjir di masa akan datang. Saya meresakan perkara ini sangat baik untuk dilakukan bagi memastikan banjir buruk seperti ini tidak lagi berulang.
Malah, kerajaan Malaysia juga menyahut cadangan tersebut, melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, menyeru semua pakar dan ahli akademi untuk mengadakan satu perjumpaan yang dicadangkan untuk diadakan pada Januari 2018. Saya berharap sangat perkara ini dapat dilakukan dengan jayanya.
Friday, September 1, 2017
Skill Bercakap Di Depan Orang Ramai
Sunday, April 30, 2017
Kehebatan Sekarang
2) pecahkan matlamat besar kepada matlamat kecil
3) lakukan matlamat kecil itu dari semasa ke semasa. Setiap hari. Walaupun kecil tp yg penting ada progress.
Saturday, April 22, 2017
Apa Makna Kejayaan??
Aku sering tertanya pada diri apa maksud sebenar kejayaan. Sebab makna itu tak sama bagi setiap individu. Ada yang kata banyak duit itu kejayaan. Ada yang kata kawin awal tu kejayaan. Ada yang kata bangun awal tu satu kejayaan. So, ape makna kejayaan?
Bagi aku la, aku rasa kejayaan ni perasaan bile kita dah capai matlamat kita. Kalau matlamat seseorang tu nak duit yang banyak, dan orang tu ada dah dapat duit banyak, maka kejayaan la tu kan. Ke salah?
Jadi untuk semua pembaca sekalian, kalau nak berjaya mestilah ada matlamat. Tanpa matlamat hidup kita takkan berjaya sebab makna kejayaan itu adalah perasaan setelah matlamat tercapai. Kalau takde matlamat nak capai apa kan?
Jadi tugasan pertama selepas baca ni aku harap korang ada matlamat. Dan pastikan matlamat korang spesifik. Contohnya "Aku nak dapatkan title professional engineer (PE) aku sebelum umur 35 tahun".
Lepas da letak matlamat tu, korang cari segala maklumat apa yg korang perlu buat untuk capai matlamat tersebut. Sebagai contoh, buat report teknikal siap pada umur 32 tahun. Report pengalaman korang siapkan pada umur 33 tahun. Pasal pengalamam ni plak, kalau boleh korang merasa la duk site dengan duk design opis. Kalau boleh merasa juga jadi kontraktor. Supaya pengalaman korang akan well verse dan senang korang nak jawab interview nanti.
Dah cukup rasa, korang hantar ler report korang tu ke IEM atau BEM pada umur 34 tahun. Kalau lulus, insyaAllah umur 35 tahun korang da ade PE. Yang penting ada matlamat dan rancang camne nak capai matlamat. Tak perlu terburu-buru kalau korang memang engineer yg busy.
Tapi, paling mustahak sekali, makesure korang sentiasa menuju ke arah matlamat korang setiap hari. Walaupun satu ayat je korang sempat untuk tambah setiap hari dalam report korang. Tu dah kire progress menuju matlamat la tu walaupun kecik. Kecik2 pun jangan pamdang remdah kesannye.
Bukan untuk dapatkan PE sahaja, untuk bende lain pun korang boleh guna sistem ni. Iaitu:
1) tetapkan matlamat besar
2) pecahkan matlamat besar kepada matlamat kecil.
3) capaikan matlamat kecil sedikit demi sedikit. Walaupun sedikit setiap hari. Janji ada progress. Jangan langsung takde progress.
Nasihat ni aku tuju kat diri sendiri juga. Moga bermanfaat pada diri aku dan juga semua pembaca. Sekian..
Sunday, February 12, 2017
Ujian Kecil Dari Allah
4) Aku tertidur dalam kelubung selimut. Wife aku gerak aku. Dia pujuk aku suruh mandi. Aku paksa la diri untuk mandi. Rupenye wife aku dah sediakan air suam untuk aku mandi. Wife aku masakkn air panas dan campur dengan air paip untuk jadikan suam. Sebab umah aku ni tak pasang pemanas air. Dengan air suam tu dapatla aku mandi dengan selesa.
5) Dah segar mandi, aku makan spegetti masakan isteri aku. Pergh, mmg best. Walaupun aku tengah demam tetap rase sedapnye. Tapi sorry ye syg.. Tak dapat makan banyak sebab tekak tgh tak brape best.
6) lepas makan, aku telan paracetamol dua bijik dan terus sambung tidur. Tengah malam aku terjaga lepas rase sihat skit dan badan pun da berpeluh sebab berselimut. Baru la aku bangun sembahyang.
7) Thx syg sebab jaga sy time demam. Thx juga sebab memahami.. :-)
Sunday, February 5, 2017
Hyperloop - Pengangkutan yang Hebat
Wednesday, February 1, 2017
Good News - PDP Sudah Dibatalkan BEM!!
Friday, January 27, 2017
MX Road Design
1) buat horizontal alignment=Design -> Quick alignment -> Horizontal Design..
2) buat vertical alignment=Design -> Quick alignment -> Vertical Design..
3) buat carriageway=Design -> road design -> carriageway
Ini perkongsian kecil je tentang MXroad software. Aku akan share lagi di masa akan datang bile aku tau bende-bende baru. Mungkin aku perlu buat ebook ke tentang mxroad ni.. Haha.. InsyaAllah kalau da cukup ilmu dan ada masa nanti.😊😊😊
Tuesday, January 24, 2017
Sushi King - Sudah Dapat Pensijilan Halal Jakim
Aku memang suke makan makanan jepun di Sushi King ni. Tapi restaurant ni pun tak terkecuali dari terpalit dengan pelbagai kontroversi. Sebab ramai gak yg kate restoran ni tak halal.
Wednesday, January 18, 2017
Soalan-soalan yang Aku Kene Jawab Mase Interview PE (Part C)
Interviewer: What kind of project have you design? Is it new road or upgrading road?
Aku: I have design for a new road project and also for an upgrading road project.
Interviewer: Base on your technical report, you submit to us your upgrading road. Do you design this road since you only to do the upgrading right?
Aku: Yes, upgrading the existing road geometric. Currently, the road suffer from congestion as well as poor geometric vertical and horizontal combination. I also responsible to design for the solution to ease up the congestion of the road.
Interviewer: What you mean by poor geometric vertical and horizontal combination?
Aku: (masa ni aku bukak buku garis panduan Arahan Teknik Jalan (ATJ) dan garispanduan geometric dari Road Engineering Association of Malaysia (REAM)). The combination of vertical and horizontal, as shown in this guideline is very important to avoid the appearance of kink for the traffics. Because the perception during the vehicle maneuver is very important to avoid accident. Currently, with this problem, the road suffer road accident more than other roads in vicinity.
Interviewer: So now there is no accident and congestion after the road constructed right?
Aku: actually, the road is not constructed yet and still in the detail design stage.
Interviewer: Ok, I see you join the company around 2014, and the project already start on 2012. Of course the road already design by other engineer right? So, this road is not your design, you just take other people design only.
Aku: (korang tengok soalan dia. Parah gak nak bagi jawapan kalau kite betul2 tak buat design ni). Before I came in, the road only in preliminary and pre-detail design only. Most of the geometric of the road still need improvement, like as I mention to you, the vertical and horizontal alignment combination, auxiliary lanes for junctions and interchange etc. All of this need to be redesign, review and comply with the guideline like ATJ and REAM. I also need to present my design to Client and RSA to ensure that all the requirements are complied before we went for tender stage.
Interviewer: I also see that you did design for pavement for the new road right? How do you do the soil improvement?
Aku: (lagi satu soalan killer dia. Memang kene pandai jawab dan betul2 buat pavement design baru boleh jawab soalan camni). I didn't do the soil improvement. Geotechnical engineer did that part. I only assist them for soil improvement design and do the pavement design.
Interviewer: Are you sure? I think to do the pavement design, you need to do the soil treatment first?
Aku: Yes, we need to do the soil treatment first. However, the design exercise can be done separately. As long as the soil improvement can give me the value of subgrade CBR more than 12.1%, it already enough for me to do my pavement design.
Lepas dari interview ni, kami ade sembang-sembang kecil untuk penutupan. Interviewer aku terangkan tentang essay aku kene jawab. Ape peraturannya dan di mana aku diberi tempat untuk menjawab.
Sunday, January 15, 2017
Soalan-soalan yang Aku Kene Jawab Mase Interview PE (Part B)
Assalamuálaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ni aku sambung lagi citer ape soalan-soalan interview PE yang aku kene tembak dan jawapan aku.
Note: Ape aku citer kat sini tak la tepat seperti mana mase aku interview PE aku. Ade la terlebih terkurang dalam citer ni. So, mintak halal la lebih kurang ek.
Interviewer: Tell me your experience as Water Works Site Engineer?
Aku: I work at Kulai Johor Project of 1400mm diameter pipes. Around 22km length connecting from Bukit tinggi tu Skudai. The water come water treatment plant at Semangar and to be supplied to Skudai area.
Interviewer: What is your responsibilities?
Aku: The responsibilities are quite the same as Building Site Engineer except I need to ensure the safety at site especially during the unloading of the big pipes. I need to ensure that all the Traffic Management Plan is in order before proceed with the unloading work. I need to provide the cranes for the unloading work at site.
Interviewer: So, the TMP will be the new thing to you?
Aku: Yes.
Interviewer: So, tell me what is the challenge for this project.
Aku: As I mentioned in my experience report (aku saja cakap camni, supaya interviewer tu terase skit la. Bende ni aku ade citer dalam experience report aku. AKu nak tunnjuk yang aku ni transparent la) one of the biggest challenge for this project is the land acquisition issues. According to the contract, we as the main contractor will be awarded the project stage by stage. We get when we were awarded, we will get all the portion of lands in the first stage area. 3 months from that, we will be awarded for the 2nd stage and 3 stage will be awarded in another 6 months. However, in reality, the stages were not awarded according to the contract. Therefore, my site agent and I need to do our own initiative to negotiate with the land owner for the early commencement.
Interviewer: Did you succeeded?
Aku: Some of the land owner give us permission to enter the site but some of them want to wait for the official land acquisition. So, in my opinion, some of the negotiation we succeed and some of it no.
Interviewer: How this is the challenge to your site? Why don't you just wait for the official land acquisition to settle then you enter the site?
Aku: Actually that is the correct way to handle it contractually (Aku suke guna cara ni. Setuju dulu pendapat dia kemudian baru kite lawan balik dengan fact and figure). However, it will cost us as main contractor to pay for the idling work at site. We still need to provide cost for workers' salary and maintenance of machinery. We also face the challenge to proceed with our pipe supply since there were no location at site to deliver the pipes. The pipe suppliers also need to deliver the pipes to us as soon as possible because their storage also full with our pipes alone.
Interviewer: Do you know how to design the pipe supply?
Aku: Honestly, I only know the gist of it. To design in detailed, I have no experience on that (mengaku je, korang tak failed kalau korang mengaku bende yang memang korang tak penah buat)
Interviewer: May I know what the gist that you mean?
Aku: I mean, I know what is the hydraulic gradeline, Why in some area I need to cut so deep so that the water can flow. I also know that once we install all the fittings and specials, we will cause minor head loss. I also know that our pressure test at site must be double than the design pressure for the pipes.
Interviewer: Do you know what was the pressure test for your pipes?
Aku: I.. (aku cube ingat balik, tapi lupe, alamak, camne ni).... honestly forgot sir. But if you give me the specification from the contract, in less than 5 minutes I can show to you how much is it. (interviewer to senyum je ngan jawapan aku. Yela, nak buat camne. Dah lupe)
Kemudian.. kite sambung lagi kesah ni kat Part C lak nnti ek.. Saboorr..
Sunday, January 8, 2017
Soalan-soalan yang Aku Kene Jawab Mase Interview PE (Part A)
Assalamuálaikum dan Salam Sejahtera,
Sebelum ni aku cube cari kat mane-mane website atau blog contoh soalan interviewer tanye mane sesi interview PE. Tapi memang tak jumpe la. Jadi, aku bulldoze je la pergi interview dan bersedia la dengan segala kemungkinan soalan. Alhamdulillah aku pass. Tapi aku taknak la engineer lain termangu-mangu dan tak ready dengan soalan-soalan derang. Maka hari ni aku kongsi soalan-soalan yang aku kene (dan terkene) ketika interview PE.
Interviewer: Tell me about yourself
Aku: I am Azizul Hawari. The youngest among my siblings. I have two brothers... etc.. (ini adalah sesi presentation. Ambil masa selama 15 minutes. Korang kene la citer pasal latar belakang diri, experience report, dan technical report yang korang nak bentangkan)
Interviewer: During your work as building site engineer, what were your duties? (interviewer tau aku penah jd building site engineer melalui experience report aku. Malah dalam presentation 15 minit mula2 tadi pun aku ada citer)
Aku: My duties are to ensure that the project can run smoothly from site level. I need to check the sufficiency of materials at site. I also need to ensure the safety of the workers, quality, planning, reporting, etc.
Interviewer: What is the challenge/problems that you encounter working as building site engineer?
(Soalan ni memang tricky, korang jangan cakap plak takde challenge. Nampak sangat korang menipu. Mane ade keje sebagai engineer takde challenge. Melainkan memang korang tak keje la kan? :-D )
Aku: I had a few challenges that I faced. One of them were the site area was prone to theft. Everyday I need to check all my materials and equipment are still in order. At one time, my Electrical Sub-cont reported to me that their cables had been cut and stole. So, I need to report the case to the nearest police station so at least we can claim for insurance. Other case like lightening protection cable been stolen. The thief tied the cable to his vehicle and drive away pulling all the cable from the ground up to the roof, even after we already hired a night guard. Another case I wish like to share here is we also lost out steel bar 12 mm diameter size around 4 tonnes. The steel bars will be used to construct our stair. Therefore, to ensure my project progress run smoothly, I proposed to our consultant to use steel bar size of 10 mm diameter (which was available at site at that time) with center to center closer than 12 mm diameter steel bar reinforcement. My proposal was accepted and the project progress run smoothly.
Interviewer: Okey, good, but what happened if your proposal to use 10 mm diameter and caused the stair collapse?
Aku: (aku senyum, sebab interviewer to buat lawak je sebenarnye). First of all, the stair is not collapse until now. (kali ni interviewer to lak senyum). But if the stair collapsed, the responsibility still fall under our consultant. Because our consultant who approved my proposal and proceed with construction. However, I believed that I already calculated the reinforcement area correctly.
(Interviewer sebenarnye nak access kite punye confident level dan kefahaman kita tentang tanggungjawab sebagai PE).
Interviewer: You state in your report that some of the starter bar 40mm size need to be bent because the positions are a little bit off. Why was that happened?
(Sebenarnye, memang aku letak isu ini di dalam report aku. Ini antara isu yang besar dan kejayaan aku berjaya selesaikan isu ini di site).
Aku: The positions are a little bit off because the surveyor that we hired gave us a wrong starter bars position.
Interviewer: So, you bent the stater bars. Who gave you the permission to bend them?
Aku: I had a few discussion with our consultant and proposed a few ways to do the mitigation. One of them was to planted a new starter bar with the help of Hilti. But that option was too expensive. So we resort to one of the options which was to bent the bar to the correct positions. Our consultant advised us to bend them not more than 100mm. Fortunately all the incorrect starter bars positions are shifted away less than 100mm.
Tuesday, January 3, 2017
Perbezaan Apply PE Melalui Borang IEM dengan Borang BEM
Wednesday, December 28, 2016
Cara Mendapatkan Professional Engineer di Malaysia (Part 2)
Kali ini aku nak bercerita tentang part 2 plak untuk cara mendapatkan Professional Engineer (PE). Kalau korang belum baca part 1, tolong baca yang tu dulu la sebelum sambung ke part 2 ni.
Dalam entry kali ini aku nak bercerita selepas korang da hantar design report dan experience report korang. Jadi, step seterusnye adalah camni lebih kurang:
1) Korang akan dihubungi oleh IEM/BEM selepas lebih kurang sebulan dari tarikh korang hantar report. Boleh jadi awal dan boleh jadi juga lewat. Selalunya mcm IEM, derang akan emailkan surat ke email korang. IEM tak hantar surat, derang berhubung melalui email je. So kena rajin la check email. Surat tu akan beritahu korang lulus atau ada komen dari report yang korang hantar. Macam aku ade komen. Sebab aku ada kesilapan kecil dalam experience report aku. Komen seperti ini biasala, jangan la korang down pulak bila terima komen macam ni, terus merajuk taknak sambung buat PE dah. Rileks la. Itu menandakan IEM serius review report korang. Derang bukan terima bulat2. Biar la derang buat keje derang kan?
2) Bila da lulus report korang tu nanti, derang akan bagi surat menyatakan dah lulus. kemudian IEM akan masukkan nama korang ke dalam majalah Jurutera dalam masa terdekat. Nama korang akan tertayang di dalam majalah tu. Kemudian, lepas lebih kurang dalam sebulan, korang akan diberitahu nama interviewer korang. Interviewer akan diberi masa 2 bulan untuk contact korang . So, tunggu je la sebab menjadi kesalahan sebenarnye kalau korang pandai-pandai lak gi contact interviewer korang. So, sabar je. Tunggu je dia contact korang. Macam aku lak, interviewer aku contact melalui email. Jadi memang aku kene alert selalu la bila email masuk.
3) Lepas interviewer contact, korang akan diberikan masa dan tempat interview. Masa ni korang kena ready la. Jangan lupa lak nak tanya interviewer apa nak bawak. Ada interviewer mintak korang bawak hard copy report korang satu set lagi. Tapi macam aku, interviewer aku tak mintak. Dia memang dah terima satu set report aku dari IEM. Tapi korang bawak juga la satu set copy untuk rujukan korang. Sebab interviewer nanti akan tanya "saya tengok report awk di muka surat 45 ni, saya rasa macam salah je pengetahuan teknikal awak?". So, dari soklan tu takkan la korang nak ambik set copy derang dan tengokkan. Mcm kurang adab lak. Jadi, korang bawak la copy korang sendiri, bukak la set report korang sendiri.
4) Soalan yang akan ditanya hanyalah berkisar mengenai report yang korang buat sahaja. Tidak ada soalan di luar topik melainkan perkara asas sahaja. Contohnya, aku hantar mengenai highway engineer. Semua berkenaan highway sahaja akan ditanya secara terperinci. Tapi interviewer ada hak juga nak tanya perkara fundamental seperti bending moment, bridge aku guna beam type ape, geotechnical dalam project aku pakai sistem ape etc. Skit2 mcam tu la sebab aku ambik bidang civil engineer. So kene tau la asas skit2. Project management dan kontraktual skit2 pun akan ditanya juga.
5) Lepas interview korang akan diberikan soklan essay untuk dijawab. 2 soklan essay berkaitan dengan report yang korang hantar, pilih satu untuk dijawab. Satu lagi berkenaan ethics. Soalan Ethics korang download dari IEM website kat sini. Soalan Ethics akan dipilih oleh interviewer 2 soalan dari 13 soalan yang ada. Dari dua soalan tu, korang pilih satu untuk dijawab. Korang goreng la essay korang sampai 4 ke 5 muka surat. Itu pendapat aku. Dan, paling penting, baca betul-betul arahan dia satu per satu, jangan terus nak jawab je. Sebab macam aku, IEM suruh jawab soklan essay itu pada kertas yang diberikan pada muka depan sahaja. Muka belakang kertas tu bertujuan untuk conteng-conteng cari idea. Kalau korang tulis depan belakang jugak, takut nanti interviewer failed kan korang pulak.
6) Lepas jawab tu, korang akan diberikan masa lebih kurang dua ke tiga bulan lak tunggu result. Kalau lulus dengan IEM korang akan dianggap sebagai Corporate Member of IEM. Belum lagi PE masa ni. Korang kena ambil lak sijil Corporate Member IEM tu, isi borang professional BEM (form A4) dan hantar ke BEM untuk BEM bagi korang sijil PE. Bende ni ambil masa dalam 2 bulan lebih jugak. Da dapat sijil PE baru boleh korang pakai Ir kat depan nama korang. Aku nak ingatkan korang, masa dapat Corporate Member IEM ni, korang diberi masa setahun sahaja untuk apply PE dengan BEM. kalau tak korang kena resit balik interview (kalau tak silap aku la).
7) Kalau failed camne lak? Failed ni ada 3 sebab,
a) interview failed tapi essay lulus
b) essay failed tapi interview lulus
c) dua-dua failed.
untuk case a) korang kene tunggu setahun untuk apply sit for interview balik, takyah ambik essay test. Untuk case b) lak, sama, tunggu setahun, apply untuk essay sahaja, takyah ambik interview. Untuk case c) tunggu setahun, apply untuk resit balik essay dan interview.
Seperti biasa, kalau korang tak lepas yang ni jangan la rasa down plak. Tunggu je setahun kemudian reapply balik. Bende tak berdosa, so, ape nak takut kan. Cuma duit abis la skit sebab reapply tu ade kene bayar skit. Usah risau, bende mahal lebih berharga.
Sekarang ni ada juga kawan-kawan tanya aku, "ko dah boleh sain drawing la sekarang ek?". Sebenarnye belum lagi, sebab sekarang ni ada requirement baru lak. PE yang baru dapat macam aku kene duduki satu lagi exam. Nak duk exam ni kena bayar 1100 ringgit. Lepas dah lulus exam tu baru boleh sain drawing dan PE kite upgrade jd PE with PC (practicing certificate). Aku tak reti la nak citer lebih2 pasal PE with PC ni sebab aku lom ambik lg.
Ade pape soklan post la kat komen. InsyaAllah aku cube jawab.





















