Monday, July 23, 2018

Tips Elak Kerja Bertangguh (procrastinate)

Semua orang bertangguh kerja. Jangan la nak bohong kalau ada kata "eh, aku tak". 95% orang yg di soal dalam survei akan mengaku dia bertangguh kerja. Manakala 5% lagi adalah penipu.

Malah ada juga orang yang paling produktif di dunia, yang diiktiraf oleh TedTalk, Chris Bail, juga mengaku dia bertangguh. Dan dia nyatakan di dalam buku dia, The Productivity Project, yang dia bertangguh selama 6 jam dalam masa seminggu. Kalau kita? Entah la, berpuluh jam la kot. Sebab kita tak track setiap jam seharian kita. Jadi kita tak tahu.

Habis tu, kalau dah semua orang bertangguh, tak salah la kan? Memang tak salah, tapi kalau tak di kawal ia akan jadi melampaui batas. Kita kena usaha untuk kawal sikap bertangguh kita hingga ke tahap paling minima yang kita mampu.

Baik, sebelum tu, saya nak terangkan kenapa kita bertangguh secara biologi. Otak kita sebenarnya ada dua bahagian. Bahagian binatang yang dipanggil limbic system dan bahagian manusia yang dipanggil prefrontal cortex. Tu sebab dalam Quran ada cakap orang yang ikut hawa nafsu serupa je macam binatang. Rupanya memang ikut hawa nafsu ni, ikut bahagian limbic system ni la, bahagian otak binatang kita.

Limbic system ni boleh kata bahagian nafsu kita. Kita nak happy, nak seronok, taknak susah - susah buat kerja, itu semua proses limbic system. Ada kebaikan limbic system ni. Sebab tanpa nafsu yang bergabung dengan prefrontal cortex, kita takkan ada teknologi dalam dunia ni.

Tapi limbic system ni buat kita kerja bertangguh. Jadi kita kena lawan la kan? Lawan tu boleh, kalau mampu la. Sebab kalau ikut evolusi teori (aku tak brape percaya sangat evolusi teori, tapi ambil la pendapat dia), limbic system ni dah berevolusi selama berjuta tahun. Prefrontal cortex ni baru beratus ribu tahun berevolusi. Jadi sentiasa kuat limbic system ni sebab dia  lebih senior.

Jadi jangan lawan, cuba buat kawan. Tapi nak buat kawan pun kena ada strategi. Macam kita cuba nak jinakkan haiwan la. Kena ada ilmu dan strategi. Kalau ada ilmu, walau buaya mahupun harimau pun, kita mampu jinakkan.

Strateginya, mula-mula kita kena tahu dulu punca-punca kita bertangguh. Menurut buku The Productivity Project yang ditulis Chris Bail, beliau menyenaraikan 6 punca dan beliau juga masukkan satu contoh untuk menanganinya seperti berikut:

Bosan : Kerja nak dibuat tu renyah dan membosankan.

Solusi : kalau kerja tu bosan, jangan buat di tempat yang membosankan. Pergi ke kafe atau restoran kegemaran anda dan buat kerja yang renyah dan membosankan tu bersama kopi kegemaran anda. Kalau anda suka tempat tenang pergilah ke tepi pantai ke, ke taman tasik ke, apa sahaja tempat janji ia tempat kegemaran anda. Tempat begini akan menaikkan semangat anda buat perkara tersebut. Kalau kerja? Macam mana pula? Mungkin kita tiada pilihan sebab mana boleh keluar dari pejabat masa waktu kerja. Anda boleh la tukar tempat dari buat di tempat anda pergi buat di dalam bilik mesyuarat ke. Tapi kalau tiada pilihan guna la tips lain.

Merunsingkan: kerja yang anda buat tu memang sangat merunsingkan.

Solusi : jangan kerja lama sangat. Kerja selama 30 minit sahaja kemudian berhenti la. Melainkan anda sendiri yang taknak berhenti buat kerja tersebut. Namun, kalau tak boleh berhenti, sebab due date nak dekat, adalah baik juga untuk anda ambil rehat setiap 30 minit bekerja. Ambil la rehat dalam 5 minit ke 10 minit begitu kemudian sambung balik.

Susah : Kerja yang kita suka tangguh tu selalunya susah nak buat.

Solusi : Bila susah, maksudnya ilmu tak cukup. Kita kena la rajin bertanya pada yang pakar. Cari dalam internet step yang paling mudah nak buat. Dokumen apa nak kena kumpul dan sebagainya. Elok juga buat masa pagi sebab otak kita tengah segar, fokus dan tenaga kita tengah tinggi.

Tidak teratur: kerja tu tidak teratur dan buatkan kita malas nak mulakan.

Solusi : kita aturkan dia. Yela, kita buat dia kan? Rancang setiap langkah yang perlu buat secara terperinci yang boleh. Kemudian buat langkah demi langkah. Saya juga dapat dari buku Brian Tracy bertajuk Eat That Frog yang menyatakan masalah besar boleh dipecahkan kepada masalah kecil, dan kemudian selesaikan masalah kecil tu satu per satu sampai selesai masalah besar tersebut. Sebab kita ni pun satu, tengok benda besar memang malas nak buat. Kalau benda dah pecahkan kepada masalah kecil, senang sikit la nak buat dan mulakan.

Kurang personal meaning : kerja tu kurang personal meaning

Solusi : Senaraikan perkara yang baik untuk diri sendiri sekiranya kerja selesai. Lagi meaningful untuk anda lebih baik.

Kurang personal reward : Kerja tu tiada reward untuk diri sendiri.

Solusi : Belanja la diri sendiri bila kerja tu selesai. Contohnya, bila kerja tu besar, kita pecahkan kepada bahagian kecil. Setiap selesai satu bahagian kecil tu, kita reward diri seringgit. Kalau ada 10 bahagian, dah dapat sepuluh ringgit. Jadi belanja la diri dengan 10 ringgit tu.

Itu cara nak melatih diri dari tidak bertangguh kerja. Jadi, lepas ni, kalau anda ada kerja penting yang anda tangguhkan, ambil pen dan kertas dan tengok balik ciri-ciri kerja tersebut. Mesti ada ciri-ciri di atas dan rancang bagaimana nak menjinakkan ciri-ciri tu. InsyaAllah, anda akan mula menyelesaikan kerja tu dan tidak lagi bertangguh.

1 comment:

  1. Casino Site - ChoE Casino
    ChoE Casino is the only 카지노 online casino in Arizona 바카라 사이트 with 메리트 카지노 주소 casino games. Enjoy top-notch casino entertainment, slots and table games, plus the latest slot

    ReplyDelete