Tuesday, September 20, 2016

Kisah Gajah Ditambat

Suatu hari, seorang lelaki mentertawakan seekor gajah kerana tidak lari, sedangkan ia hanya ditambat dengan tali yang hanya sebesar jari kelingking.

Apabila dia bertanya pada penjaga gajah tersebut mengapa gajah itu tidak rentap sahaja tali itu dan melarikan diri? Kalau diikutkan dengan badannya yang besar itu pasti merentap tali tersebut perkara paling mudah baginya.

Jawab penjaga gajah itu, tali itu sudah lama mengikat gajah itu. Sejak dari kecil lagi. Masa gajah itu kecil pastilah ia tidak boleh rentap putus tali tu. Tapi sebab ia da cuba banyak kali masa kecil, bile gajah tu da dewasa dan besar, ia masih lagi memikirkan yang ia masih tidak mampu merentap putus tali itu.

Begitu juga sebenarnya kita manusia. Bile ditanya "kenapa ko tak berusaha untuk berjaya?". Jawab mereka yang berfikiran kecil "aku da usaha da, banyak kali dah, tapi gagal jugak. Kejayaan bukan untuk aku rasenye".

Kita kena buang fikiran begini. Kita kena fikirkan yang kita boleh. Kita tak boleh berputus asa mengejar kejayaan. Kerana kita sendiri tidak tahu, bila masanya kita mampu. Kita mampu untuk merentap putus tambatan kelemahan kita da menuju kejayaan.

Friday, September 2, 2016

Ir. Azizul bin Tn. Hj. Hawari

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Dengan limpah dan kurniaNya, Dia memudahkan perjalanan aku untuk mendapatkan apa yang aku mahukan. Iaitu title jurutera profesional.

Sekarang aku kena kumpul lebih banyak ilmu dan pengalaman untuk mendapatkan satu lagi milestone aku iaitu Practising Certificate atau PE with PC. Dengan ada PE with PC, baru aku ada hak/kuasa untuk sain lukisan dan dokumen kejuruteraan awam utk submission.

Lepas dah dapat PE with PC, aku akan buka satu syarikat sampingan dahulu. Cari la sikit duit tepi asalkan tidak bersalahan dengan agama dan undang-undang. Bab ni aku kene la study lebih skit.

Dalam masa yang sama, aku perlu bijak networking. Alhamdulillah, aku dapat rasakan ada beberapa rakan aku yang sekepala untuk aku form satu syarikat bersama. Aku akn buat secara part time dulu. Da ade simpanan yang mencukupi, da ade projek-projek yang besar dan best kami dapat, kami akan go all out la lepas tu.

Aku juga da tahu satu cara atau sistem yang paling berkesan untuk memastikan pekerja aku bekerja dengan penuh  bahagia produktif. Cuma aku kena start menaip sistem syarikat aku mulai sekarang. Tak perlu perfect system. Tapi sistem tu kenalah makin baik dan berkesan. Aku percaya, dengan cara ini, akan ramai jurutera hebat-hebat dan talented nak bekerja dengan kami nanti.

Kemudian, aku nak jadikan syarikat aku berhad. Masuk ke dalam BSKL. Tujuannya, supaya aku dan team aku nanti boleh berbakti kepada lebih ramai manusia di muka bumi ini. Dan aku dapat melibatkan lebih ramai orang untuk join kami, secara milikan saham atau secara langsung bekerja dengan kami.

Jauh lagi perjalanan ini tapi memang possible. Aku yakin, InsyaAllah. Doakan aku.