Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Dengan limpah dan kurniaNya, Dia memudahkan perjalanan aku untuk mendapatkan apa yang aku mahukan. Iaitu title jurutera profesional.
Sekarang aku kena kumpul lebih banyak ilmu dan pengalaman untuk mendapatkan satu lagi milestone aku iaitu Practising Certificate atau PE with PC. Dengan ada PE with PC, baru aku ada hak/kuasa untuk sain lukisan dan dokumen kejuruteraan awam utk submission.
Lepas dah dapat PE with PC, aku akan buka satu syarikat sampingan dahulu. Cari la sikit duit tepi asalkan tidak bersalahan dengan agama dan undang-undang. Bab ni aku kene la study lebih skit.
Dalam masa yang sama, aku perlu bijak networking. Alhamdulillah, aku dapat rasakan ada beberapa rakan aku yang sekepala untuk aku form satu syarikat bersama. Aku akn buat secara part time dulu. Da ade simpanan yang mencukupi, da ade projek-projek yang besar dan best kami dapat, kami akan go all out la lepas tu.
Aku juga da tahu satu cara atau sistem yang paling berkesan untuk memastikan pekerja aku bekerja dengan penuh bahagia produktif. Cuma aku kena start menaip sistem syarikat aku mulai sekarang. Tak perlu perfect system. Tapi sistem tu kenalah makin baik dan berkesan. Aku percaya, dengan cara ini, akan ramai jurutera hebat-hebat dan talented nak bekerja dengan kami nanti.
Kemudian, aku nak jadikan syarikat aku berhad. Masuk ke dalam BSKL. Tujuannya, supaya aku dan team aku nanti boleh berbakti kepada lebih ramai manusia di muka bumi ini. Dan aku dapat melibatkan lebih ramai orang untuk join kami, secara milikan saham atau secara langsung bekerja dengan kami.
Jauh lagi perjalanan ini tapi memang possible. Aku yakin, InsyaAllah. Doakan aku.
No comments:
Post a Comment