Sunday, April 30, 2017

Kehebatan Sekarang

Dalam blog aku sebelum ni yang bertajuk "Apa Makna Kejayaan?", aku senaraikan 3 perkara menuju matlamat iaitu:
1) tetapkan matlamat besar
2) pecahkan matlamat besar kepada matlamat kecil
3) lakukan matlamat kecil itu dari semasa ke semasa. Setiap hari. Walaupun kecil tp yg penting ada progress.
Kalau nak lulus periksa, dapat A+ dalam exam sejarah katakan. Itulah matlamat besar. Matlamat kecil, dalam masa seminggu kene abiskan satu bab dan buat nota ringkas dan kalau tak paham cepat2 tanya cikgu. Dan pastikan setiap hari kita menuju ke arah matlamat kecil tu. Setiap hari..
Dalam pada itu, aku nak cerita juga masa sekarang hanyalah masa yang paling berharga. Jangan terlalu risaukan masa lalu kerana itu sudah lepas. Jangan terlalu risaukan masa depan kerana ia belum datang. Tumpukan sepenuh tenaga untuk masa kini. Kerana cuma masa kini sahaja yang kita mampu kawal.
Kalau kita tak peruntukkan masa sekarang betul-betul, usaha penuhi masa sekarang betul-betul, kita akan susah di masa akan datang.
Tak perlu terlalu risaukan masa depan, kerana ia belum jadi. Masa sekarang sahaja perlu kite tumpukan dan kita pulun 
Tak perlu terlalu risau masa lepas, kerana ia sudah berlalu.
Hanya tumpukan masa sekarang sahaja, itu yang kita mampu.
Namun, risau itu perlu. Supaya kita lebih bersedia. Bersedia dengan pelbagai kemungkinan bakal terjadi. Namun apa yang aku maksudkan ini jangan terlalu risau. Sampai kita merasakan masa depan itu menakutkan. Membuatkan kita terlalu risau, tertekan, enxiety dll. Elakkan benda itu semua. Tak baik untuk minda dan fizikal anda.
Jadi, tetapkan matlamat besar, pecahkan matlamat kecil. Lepas tu, tumpukan apa kita boleh laksanakan sekarang dengan berdasarkan matlamat kecil tersebut. Tumpukan apa kite kene buat sekarang. Buat, pulun, usaha, bersemangat dll utk buat kerja yang perlu dibuat sekarang. Kalau terlalu pikir matlamat, kita akan banyak buang tenaga kepada kerisauan. Sedangkan tenaga tu penting untuk buat kerja menuju matlamat besar kita.

Saturday, April 22, 2017

Apa Makna Kejayaan??

Aku sering tertanya pada diri apa maksud sebenar kejayaan. Sebab makna itu tak sama bagi setiap individu. Ada yang kata banyak duit itu kejayaan. Ada yang kata kawin awal tu kejayaan. Ada yang kata bangun awal tu satu kejayaan. So, ape makna kejayaan?

Bagi aku la, aku rasa kejayaan ni perasaan bile kita dah capai matlamat kita. Kalau matlamat seseorang tu nak duit yang banyak, dan orang tu ada dah dapat duit banyak, maka kejayaan la tu kan. Ke salah?

Jadi untuk semua pembaca sekalian, kalau nak berjaya mestilah ada matlamat. Tanpa matlamat hidup kita takkan berjaya sebab makna kejayaan itu adalah perasaan setelah matlamat tercapai. Kalau takde matlamat nak capai apa kan?

Jadi tugasan pertama selepas baca ni aku harap korang ada matlamat. Dan pastikan matlamat korang spesifik. Contohnya "Aku nak dapatkan title professional engineer (PE) aku sebelum umur 35 tahun".

Lepas da letak matlamat tu, korang cari segala maklumat apa yg korang perlu buat untuk capai matlamat tersebut. Sebagai contoh, buat report teknikal siap pada umur 32 tahun. Report  pengalaman korang siapkan pada umur 33 tahun. Pasal pengalamam ni plak, kalau boleh korang merasa la duk site dengan duk design opis. Kalau boleh merasa juga jadi kontraktor. Supaya pengalaman korang akan well verse dan senang korang nak jawab interview nanti.

Dah cukup rasa, korang hantar ler report korang tu ke IEM atau BEM pada umur 34 tahun. Kalau lulus, insyaAllah umur 35 tahun korang da ade PE. Yang penting ada matlamat dan rancang camne nak capai matlamat. Tak perlu terburu-buru kalau korang memang engineer yg busy.

Tapi, paling mustahak sekali, makesure korang sentiasa menuju ke arah matlamat korang setiap hari. Walaupun satu ayat je korang sempat untuk tambah setiap hari dalam report korang. Tu dah kire progress menuju matlamat la tu walaupun kecik. Kecik2 pun jangan pamdang remdah kesannye.

Bukan untuk dapatkan PE sahaja, untuk bende lain pun korang boleh guna sistem ni. Iaitu:

1) tetapkan matlamat besar
2) pecahkan matlamat besar kepada matlamat kecil.
3) capaikan matlamat kecil sedikit demi sedikit. Walaupun sedikit setiap hari. Janji ada progress. Jangan langsung takde progress.

Nasihat ni aku tuju kat diri sendiri juga. Moga bermanfaat pada diri aku dan juga semua pembaca. Sekian..