Sunday, April 30, 2017

Kehebatan Sekarang

Dalam blog aku sebelum ni yang bertajuk "Apa Makna Kejayaan?", aku senaraikan 3 perkara menuju matlamat iaitu:
1) tetapkan matlamat besar
2) pecahkan matlamat besar kepada matlamat kecil
3) lakukan matlamat kecil itu dari semasa ke semasa. Setiap hari. Walaupun kecil tp yg penting ada progress.
Kalau nak lulus periksa, dapat A+ dalam exam sejarah katakan. Itulah matlamat besar. Matlamat kecil, dalam masa seminggu kene abiskan satu bab dan buat nota ringkas dan kalau tak paham cepat2 tanya cikgu. Dan pastikan setiap hari kita menuju ke arah matlamat kecil tu. Setiap hari..
Dalam pada itu, aku nak cerita juga masa sekarang hanyalah masa yang paling berharga. Jangan terlalu risaukan masa lalu kerana itu sudah lepas. Jangan terlalu risaukan masa depan kerana ia belum datang. Tumpukan sepenuh tenaga untuk masa kini. Kerana cuma masa kini sahaja yang kita mampu kawal.
Kalau kita tak peruntukkan masa sekarang betul-betul, usaha penuhi masa sekarang betul-betul, kita akan susah di masa akan datang.
Tak perlu terlalu risaukan masa depan, kerana ia belum jadi. Masa sekarang sahaja perlu kite tumpukan dan kita pulun 
Tak perlu terlalu risau masa lepas, kerana ia sudah berlalu.
Hanya tumpukan masa sekarang sahaja, itu yang kita mampu.
Namun, risau itu perlu. Supaya kita lebih bersedia. Bersedia dengan pelbagai kemungkinan bakal terjadi. Namun apa yang aku maksudkan ini jangan terlalu risau. Sampai kita merasakan masa depan itu menakutkan. Membuatkan kita terlalu risau, tertekan, enxiety dll. Elakkan benda itu semua. Tak baik untuk minda dan fizikal anda.
Jadi, tetapkan matlamat besar, pecahkan matlamat kecil. Lepas tu, tumpukan apa kita boleh laksanakan sekarang dengan berdasarkan matlamat kecil tersebut. Tumpukan apa kite kene buat sekarang. Buat, pulun, usaha, bersemangat dll utk buat kerja yang perlu dibuat sekarang. Kalau terlalu pikir matlamat, kita akan banyak buang tenaga kepada kerisauan. Sedangkan tenaga tu penting untuk buat kerja menuju matlamat besar kita.

1 comment:

  1. Cuba gunakan Bahasa Kebangsaan yang betul dan lengkap, lagi cantik blog ni.

    ReplyDelete