Tuesday, June 19, 2018

Tiada Lagi Laporan Pengalaman Untuk Duduki Temuduga PE

Salam semua, dan sekarang ni dalam mood raya lagi, jadi salam hari raya saya ucapkan. Saya juga nak ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada para pembaca blog saya ni.

Terlebih dahulu, saya nak beritahu yang saya ni bukanlah ada apa-apa hubungan dengan IEM atau BEM. Maksud saya, saya bukanlah orang besar dalam kedua badan ini. Tapi dalam pada tu, ramai juga kawan dan pembaca yang bertanyakan soalan kepada saya berkenaan macam mana nak dapatkan PE ni. Tak semua saya tahu dan ada juga yang saya kena telefon dan bertanya sendiri kepada IEM tentang perkembangan baru.

Dalah satu cerita ni, seorang sahabat saya ni bertanya bagaimana nak isi borang baru. Sebab masuk je tahun 2018, memang borang untuk duduki temuduga PE sudah diubah. Makin susah nak isi? ye, memang susah. Tapi kebaikannya, tiada lagi laporan pengalaman perlu dibuat. Hanya perlu isi borang tu dan hantar ke IEM beserta dengan laporan teknikal anda. Jadi nak cakap ini adalah berita baik, yes. Tapi nak dikatakan ini berita buruk, benar juga sebab susah jugak la nak isi borang tu.

Antara bahagian yang susah nak isi dalam borang tu adalah "Training & Experience Report (Portfolio of Evidence)". Bahagian nilah yang akan ganti laporan pengalaman yang aku maksudkan tu. Dalam borang tu korang kene terangkan pengalaman korang dalam 5 competency categories yang merangkumi 18 competency elements. Dan setiap competency category tu kena ada penerangan lebih kurang 500 perkataan. Maklumat lanjut korang boleh la ke Website IEM untuk muat turun garispanduan mereka di sini.

P/S: Setakat ni yang saya tahu (pada 21 June 2018), BEM masih memerlukan laporan pengalaman dan borang BEM masih menggunakan format lama. Jadi terpulang, nak melalui BEM atau IEM. Mungkin BEM juga akan tukar format di masa depan nanti itu saya sendiri tiada maklumat.