Sunday, April 30, 2017

Kehebatan Sekarang

Dalam blog aku sebelum ni yang bertajuk "Apa Makna Kejayaan?", aku senaraikan 3 perkara menuju matlamat iaitu:

1) tetapkan matlamat besar
2) pecahkan matlamat besar kepada matlamat kecil
3) lakukan matlamat kecil itu dari semasa ke semasa. Setiap hari. Walaupun kecil tp yg penting ada progress.

Kalau nak lulus periksa, dapat A+ dalam exam sejarah katakan. Itulah matlamat besar. Matlamat kecil, dalam masa seminggu kene abiskan satu bab dan buat nota ringkas dan kalau tak paham cepat2 tnye cikgu. Dan pastikan setiap hari kite menuju ke arah matlamat kecil tu. Setiap hari..

Dalam pada itu, aku nak cerita juga masa sekarang hanyalah masa yg paling berharga. Jangan terlalu risaukan masa lalu kerana itu sudah lepas. Jgn terlalu risaukan masa depan kerana ia belum datang. Tumpukan sebenuh tenaga untuk masa kini. Kerna cuma masa kini je yang kita mampu kawal.

Kalau kita tak peruntukkan masa sekarang betul-betul, usaha penuhi masa sekarang betul-betul, kita akan susah di masa akan datang.

Tak perlu terlalu risaukan masa depan, kerana ia belum jadi masa sekarang. Kalau dah jd masa sekarang baru kita pulun.

Tak perlu terlalu risau masa lepas, kerana ia sudah berlalu.

Hanya masa sekarang kita pun.

Namun, risau itu perlu. Supaya kita lebih bersedia. Bersedia dengan pelbagai possibility. Namun apa yang aku maksudkan ini jangan terlalu risau. Sampai kita merasakan masa depan iti menakutkan. Membuatkan kita risau, nervous, enxiety dll. Elakkan benda tu semua. Tak baik untuk minda dan fizikal.

Jadi, tetapkan matlamat besar, pecahkan matlamat kecil. Lepas tu takyah pikir langsung dah matlamat tu semua. Tumpukan je apa kite kene buat sekarang. Buat, pulun, usaha, bersemangat dll utk buat kerja yang perlu dibuat sekarang. Kalau terlalu pikir matlamat, kita akan banyak buang tenaga kepada kerisauan. Sedangkan tenaga tu penting untuk buat kerja menuju matlamat tu.

Saturday, April 22, 2017

Apa Makna Kejayaan??

Aku sering tertanya pada diri apa maksud sebenar kejayaan. Sebab makna itu tak sama bagi setiap individu. Ada yang kata banyak duit itu kejayaan. Ada yang kata kawin awal tu kejayaan. Ada yang kata bangun awal tu satu kejayaan. So, ape makna kejayaan?

Bagi aku la, aku rasa kejayaan ni perasaan bile kita dah capai matlamat kita. Kalau matlamat seseorang tu nak duit yang banyak, dan orang tu ada dah dapat duit banyak, maka kejayaan la tu kan. Ke salah?

Jadi untuk semua pembaca sekalian, kalau nak berjaya mestilah ada matlamat. Tanpa matlamat hidup kita takkan berjaya sebab makna kejayaan itu adalah perasaan setelah matlamat tercapai. Kalau takde matlamat nak capai apa kan?

Jadi tugasan pertama selepas baca ni aku harap korang ada matlamat. Dan pastikan matlamat korang spesifik. Contohnya "Aku nak dapatkan title professional engineer (PE) aku sebelum umur 35 tahun".

Lepas da letak matlamat tu, korang cari segala maklumat apa yg korang perlu buat untuk capai matlamat tersebut. Sebagai contoh, buat report teknikal siap pada umur 32 tahun. Report  pengalaman korang siapkan pada umur 33 tahun. Pasal pengalamam ni plak, kalau boleh korang merasa la duk site dengan duk design opis. Kalau boleh merasa juga jadi kontraktor. Supaya pengalaman korang akan well verse dan senang korang nak jawab interview nanti.

Dah cukup rasa, korang hantar ler report korang tu ke IEM atau BEM pada umur 34 tahun. Kalau lulus, insyaAllah umur 35 tahun korang da ade PE. Yang penting ada matlamat dan rancang camne nak capai matlamat. Tak perlu terburu-buru kalau korang memang engineer yg busy.

Tapi, paling mustahak sekali, makesure korang sentiasa menuju ke arah matlamat korang setiap hari. Walaupun satu ayat je korang sempat untuk tambah setiap hari dalam report korang. Tu dah kire progress menuju matlamat la tu walaupun kecik. Kecik2 pun jangan pamdang remdah kesannye.

Bukan untuk dapatkan PE sahaja, untuk bende lain pun korang boleh guna sistem ni. Iaitu:

1) tetapkan matlamat besar
2) pecahkan matlamat besar kepada matlamat kecil.
3) capaikan matlamat kecil sedikit demi sedikit. Walaupun sedikit setiap hari. Janji ada progress. Jangan langsung takde progress.

Nasihat ni aku tuju kat diri sendiri juga. Moga bermanfaat pada diri aku dan juga semua pembaca. Sekian..

Sunday, February 12, 2017

Ujian Kecil Dari Allah

Uisyh.. Dengar2, shuib ngn sarah nk bersanding kali ke2. Aku pown kalau ada rezeki nk gak sanding sekali lg. Hihi.. Tue cara shuib nk hargai sarah yg terima dia seadanya sejak dulu yg xada apa2.

Dan shuib pown jenis xlupa diri, bila dia senang dia xlupa owg yg ada dgn dia masa dia susah dulu.. 

Sebenarnya, bila mana kita diuji, pasangan kita juga diuji.. Adakah dia akan setia dan sabar dgn kita, ketika mana kita dalam kesusahan dan sakit.?. Gitu...

Tp yg sebenarnya, nk citer masa aku demam aritue jew. Hahaha.. Isteri aku jaga aku.. Terharu kejap.. Aku doakan isteri aku akn terus kekal setia melayan aku dan menjadi permaisuri dihati ini. Chia chia chia..


1)3 February 2017, pagi tu aku rase sejuk dan sengal sengal badan. Macam nak demam.


2) Start je lepas solat Jumaat, memang aku terus demam. Aduh, badan aku rase sejuk sangat. Pakai blazer aku pun aku rase sejuk kematu. So, aku call wife aku cakap aku demam. Mintak tolong dia masakkan aku sumthing special untuk penuhi tekak aku yg tengah demam ni. Demand la plak aku nih. Tapi wife aku tunaikan. Dia masakkan aku spegetti balognese. "Mak, masak spagethi bolognese" "sedap". Hihi

3) Balik rumah, masuk pintu umah je, aku dah tak tahan dah. Aku masuk bilik dan terus kelubung dalam selimut. Wife aku tanya nak mandi ke, nak makan ke, atau nak rehat dulu? Aku cakap aku nak rehat dulu. Terlalu sejuk badan ni aku rase. Wife aku rase dahi aku dan dia cakap "memang demam awak ni".

4) Aku tertidur dalam kelubung selimut. Wife aku gerak aku. Dia pujuk aku suruh mandi. Aku paksa la diri untuk mandi. Rupenye wife aku dah sediakan air suam untuk aku mandi. Wife aku masakkn air panas dan campur dengan air paip untuk jadikan suam. Sebab umah aku ni tak pasang pemanas air. Dengan air suam tu dapatla aku mandi dengan selesa.

5) Dah segar mandi, aku makan spegetti masakan isteri aku. Pergh, mmg best. Walaupun aku tengah demam tetap rase sedapnye. Tapi sorry ye syg.. Tak dapat makan banyak sebab tekak tgh tak brape best.

6) lepas makan, aku telan paracetamol dua bijik dan terus sambung tidur. Tengah malam aku terjaga lepas rase sihat skit dan badan pun da berpeluh sebab berselimut. Baru la aku bangun sembahyang. 

7) Thx syg sebab jaga sy time demam. Thx juga sebab memahami.. :-)

Untuk isteri yg kucintai dan sayangi, aku xmampu menjanjikan bulan dan bintang.. Cuma InsyaAllah akan kuhadiahkan sebuah kesetiaan dan kasih sayang yg xberbelah bagi untukmu.. Semoga kasih sayang kita akan berkekalan hingga ke Jannah.