Selain dari membantu sahabat-sahabat, rakan-rakan dan kenalan-kenalan saya untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang jurutera professional (PE), saya juga seorang yang sangat obses untuk menjadikan diri sendiri seorong yang berproduktif tinggi. Banyak buku-buku, kajian dari pakar yang saya baca dan telaah untuk meningkatkan produktiviti diri. Ada yang bagus, ada yang tidak. Ada buku yang sekadar ulangan sahaja dari buku-buku yang lain. Ada juga memang penulis seorang pengkaji produktiviti secara tegar.
Saya pula boleh dikatakan pengkaji sambilan tentang produktiviti. Disiplin pun kadang ada naik dan turun untuk mengamalkannya. Jadi, mulai hari ini, akan menjadi seorang pengkaji dan pengamal teori produktiviti tinggi dan akan berkongsi dengan pembaca blog saya.
Saya juga ada satu cita-cita. Saya mahu buat satu syarikat kejuruteraan yang memiliki pekerja berproduktiviti tinggi yang bahagia bekerja. Saya yakin, melalui pembacaan, kajian dan eksperimen yang saya lakukan, saya pasti akan mampu membina syarikat seperti itu.

No comments:
Post a Comment