Friday, September 1, 2017

Skill Bercakap Di Depan Orang Ramai

Ramai dari engineer yang aku kenal, mereka suka simpan keje2 tertentu dan tak share pada org lain walau dipinta berbuat demikian. Tujuannya, supaya syarikat tidak boleh pecat dia. Kalau pecat, semua keje ada dalam simpanan dia. So camne syarikat nak sambung keje?
Tapi cara aku lain. Aku kalau boleh nak semua org tau ape keje aku dan apa aku buat. So, kalau aku terpaksa ambik cuti mengejut, aku boleh bgtau kawan2 aku yg lain untuk sambungkan keje aku. Supaya keje aku tu tak tergendala.
Memang cara ni ada kelemahan dia. Kelemahannye company aku boleh pecat aku bila2 masa dan projek yang aku handle tu boleh berjalan lancar tanpa masalah. Tapi ada satu bende yang aku simpan dan aku cuba transfer kat org lain keje ni tetap tak dpt nak transfer.
Nak tau ape bende tu? Bende tu adalah skill. Skill yg Allah berikan pada aku adalah confident bercakap di depan org ramai. Confident bercakap dengan client. Bende ni aku cuba tansfer kat orang lain tak ramai yang mampu buat. Tapi skill ini boleh dilatih kepada yang mampu.
Ramai orang boleh buat duit dengan bercakap di depan orang ramai. Padahal ilmu diperkatakan itu boleh didapati dari pembacaan. Sesiapa yang rajin baca buku, dan mengamalkan apa dia baca. Pada aku, org begini jangan la bazir duit dia pergi dengar ceramah business ke ape. Bazir je.
Ini pendapat aku. Mungkin ada tak setuju. Mungkin ada yang kata kene pergi juga ceramah dari coach yg pakar. Dengar sendiri dari coach lebih baik dari membaca buku. Lagipun buku takde feel mcm dengar ceramah. Itu kata orang tertentu. Maka terpulanglah.
Tak dinafikan ada ceramah yang memang mampu menyentuh jiwa dari sekadar membaca. Tapi kalau mahu mencari fakta, pada saya membaca jauh lebih utuh dari itu.
Jadi skill penting adalah berkeyakinan bercakap di hadapan orang ramai. Walau ada debaran, tapi selesakan diri dengan debaran itu. Sesungguhnya, takut dan excited adalah bende yang sama. Cuma yang membezakan adalah bagaimana minda kita beritahu pada diri sendiri.

1 comment:

  1. yes...saya xde skill tu. But kalau if hari2 ada discussion/ meeting, then okay je nak bercakap tu. Bila lama x involve dlm discussion/ meeting, jd malu, low confident level. Padahal semua ada dlm kepala. Saya akan bercakap, if ada yang bertanya sahaja. ok ke mcm tu? position saya as a design engineer.

    ReplyDelete