Pada 7 November 2017, saya terdetik untuk mengambil surat khabar the Sun yang diberikan secara percuma. Masa itu saya di pejabat KWSP untuk urusan peribadi.
Berita kali ini lebih tertumpu pada banjir yang besar yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah pada 4-5 November 2017. Banjir ini menjadi antara banjir terburuk dan memburukkan lagi keadaan, apabila penduduk tidak bersedia menghadapinya.
Dalam akbar the Sun tersebut, saya tertarik dengan "surat" yang dihantar oleh Ir Dr Tan Yean Chin, President IEM. Beliau menulis bahawa menurut Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan yang dilanda banjir itu mengalami taburan hujan yang melebihi 100 tahun Average Recurrence Interval (ARI).
Apa itu ARI? Kalau ikut maksud teknikal, saya sendiri pun berkerut dahi untuk mula-mula nak pahamkan maksudnya. Jadi saya cuba terangkan di sini secara kurang teknikal sikit.
Taburan hujan mempunyai masa yang tinggi dan rendah. Sebagai contoh, dalam setahun, ada hari yang hujan akan berlaku secara maksimum. Kita namakan ini sebagai 1 tahun ARI. Kalau dalam masa 5 tahun, akan ada hari yang hujan paling maksimum, kita akan namakannya sebagai 5 tahun ARI. Begitu juga untuk 10 tahun, 20 tahun, 50 tahun dan 100 tahun.
Mana nak mendapatkan ARI ni? Di Malaysia, kita ada satu buku garispanduan untuk mengira ARI ini yang dipanggil Manual Mesra Alam Malaysia (MSMA). Selalu di kalangan jurutera awam, kami panggil Masma jer.
Seorang jurutera awam yang pakar dalam bidang saliran, sungai, perparitan dan banjir di Malaysia memang akan jadikan buku Masma ni sebagai bantal tidor mereka. Maksudnye, Masma memang rujukan utama mereka.
Namun seperkara lagi, lepas jurutera kira 100 tahun ARI, tak bermaksud taburan hujan itu hanya akan berlaku cuma sekali dalam seratus tahun. Ia cuma telahan secara kajian terdahulu berdasarkan pengetahuan manusia tentang statistik sahaja. Boleh jadi hujan 100 tahun ARI boleh berlaku lebih kerap dari 100 tahun selaan masa. Maklumlah, tentang masa depan, hanya Tuhan jer yang tahu.
Cuma saya nak cerita apabila hujan melebihi 100 tahun ARI, banyak retention pond (tasik buatan yang dibina oleh pemaju sesebuah kawasan untuk memastikan kawasan perumahan mereka tidak berlakunya banjir di masa akan datang) kita di Malaysia ini tidak mampu menanggung air hujan tersebut dan ia menjadi penyebab berlakunya banjir teruk. Kerana OSD di Malaysia hanya direkabentuk untuk menanggung air hujan setakat 100 tahun ARI sahaja.
Kenapa jurutera merekabentuk 100 tahun jer?? Kenapa tak tinggi lagi? Seratus tahun sebenarnya dah cukup besar pada pandangan jurutera awam seluruh dunia. Malah, kami sebagai jurutera juga hendaklah memastikan satu-satu rekabentuk itu ekonomikal. Kalau direkabentuk lebih dari 100 year ARI, retention pond diperlukan hendaklah lebih besar dan pembinaannya menelan belanja yang lebih tinggi. Yang 100 tahun ARI punya rekabentuk ni pun dah mahal dan memerlukan ruang yang besar.
Seperkara lagi, dalam "surat" tersebut, Ir Dr Tan ada menyatakan bahawa faktor perubahan cuaca juga perlu diambil kira dalam merekabentuk semua pembangunan. Kata beliau lagi, Buku seperti The National Hydraulic Research Insitute Malaysia Technical Guide on Estimation of Future Design Rainstorm Under the Climate Change Scenario in Malaysia adalah satu rujukan tambahan kepada jurutera awam dalam bidang saliran, sungai, perparitan dan banjir.
Ir Dr Tan menyeru pihak kerajaan dan IEM juga sudi membantu untuk membentuk satu garispanduan yang lengkap dan bersepadu bagi mengelak banjir di masa akan datang. Saya meresakan perkara ini sangat baik untuk dilakukan bagi memastikan banjir buruk seperti ini tidak lagi berulang.
Malah, kerajaan Malaysia juga menyahut cadangan tersebut, melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, menyeru semua pakar dan ahli akademi untuk mengadakan satu perjumpaan yang dicadangkan untuk diadakan pada Januari 2018. Saya berharap sangat perkara ini dapat dilakukan dengan jayanya.

No comments:
Post a Comment