Suatu hari, seorang lelaki mentertawakan seekor gajah kerana tidak lari, sedangkan ia hanya ditambat dengan tali yang hanya sebesar jari kelingking.
Apabila dia bertanya pada penjaga gajah tersebut mengapa gajah itu tidak rentap sahaja tali itu dan melarikan diri? Kalau diikutkan dengan badannya yang besar itu pasti merentap tali tersebut perkara paling mudah baginya.
Jawab penjaga gajah itu, tali itu sudah lama mengikat gajah itu. Sejak dari kecil lagi. Masa gajah itu kecil pastilah ia tidak boleh rentap putus tali tu. Tapi sebab ia da cuba banyak kali masa kecil, bile gajah tu da dewasa dan besar, ia masih lagi memikirkan yang ia masih tidak mampu merentap putus tali itu.
Begitu juga sebenarnya kita manusia. Bile ditanya "kenapa ko tak berusaha untuk berjaya?". Jawab mereka yang berfikiran kecil "aku da usaha da, banyak kali dah, tapi gagal jugak. Kejayaan bukan untuk aku rasenye".
Kita kena buang fikiran begini. Kita kena fikirkan yang kita boleh. Kita tak boleh berputus asa mengejar kejayaan. Kerana kita sendiri tidak tahu, bila masanya kita mampu. Kita mampu untuk merentap putus tambatan kelemahan kita da menuju kejayaan.
No comments:
Post a Comment