Semasa saya mahu mendaftar saya punye PE di BEM pada bulan June 2016, saya diberitahu di kaunter BEM yang Professional Development Program (PDP) sudah pun dimansuhkan. Mungkin ada yang tahu apa itu PDP. Tapi takpe la, biar saya terangkan kat sini.
PDP ni adalah kursus yang korang wajib kene ambik, sebelum korang boleh daftar diri korang sebagai PE. Korang kene ambik kursus-kursus yang berkaitan dengan engineering korang sikit-sikit, kumpul-kumpul, sampai cukup 24 jam, dan korang kene ambik 3 kursus wajib yang dibuat oleh IEMTC. 3 kursus wajib ini adalah project management, ethics dan safety. Setiap kursus ni adalah bernilai 12 jam dan dijalankan selama 2 hari. So in total, korang kene ambik kursus ni 60 jam, baru korang boleh berdaftar PE dengan BEM.
Seperti yang saya terangkan dalam entry sebelum ni, berikut adalah secara ringkas yang korang kene buat.
Graduate engineer --> daftar BEM sebagai graduate engineer --> kerja selama tiga tahun dengan setahun di site dan setahun di consultant firm --> buat report technical dan experience kemudian hantar ke IEM --> dah lulus report korang, korang akan dipanggil interview dan jawab dua soalan essay --> bila da lulus interview dan essay korang, korang kene pergi ke BEM dan daftar PE dengan BEM, baru korang dapat title Ir kat depan nama korang.
Step terakhir ni yang korang kene cukupkan PDP korang. Kalau tak cukup, penat je korang buat semua bende yang korang buat sebelum tu. Sebab korang tak dpt pun daftar PE korang.
Tapi, good news, PDP dah dimansuhkan. So takyah pikir dah bende ni.
Cuma pendapat saya la, kursus wajib PDP tu bagus sebenarnye. Banyak bende baru saya belajar. Untuk kursus keselamatan takpe tak ambik, kalau korang dah ade green card cidb, kursus tu lebih kurang mcm tu je. Tapi yang ethics dan project management tu, memang banyak info dan bende menarik kat dalam kursus tu. So bile da batal ni, saya rase rugi gak untuk young engineer tak merase gi kursus ni dah.
Pengumuman oleh BEM tentang PDP da tak wajib.
Boleh ke Website BEM di sini untuk Maklumat Lanjut.
No comments:
Post a Comment