Sunday, February 12, 2017

Ujian Kecil Dari Allah

Uisyh.. Dengar2, shuib ngn sarah nk bersanding kali ke2. Aku pown kalau ada rezeki nk gak sanding sekali lg. Hihi.. Tue cara shuib nk hargai sarah yg terima dia seadanya sejak dulu yg xada apa2.

Dan shuib pown jenis xlupa diri, bila dia senang dia xlupa owg yg ada dgn dia masa dia susah dulu.. 

Sebenarnya, bila mana kita diuji, pasangan kita juga diuji.. Adakah dia akan setia dan sabar dgn kita, ketika mana kita dalam kesusahan dan sakit.?. Gitu...

Tp yg sebenarnya, nk citer masa aku demam aritue jew. Hahaha.. Isteri aku jaga aku.. Terharu kejap.. Aku doakan isteri aku akn terus kekal setia melayan aku dan menjadi permaisuri dihati ini. Chia chia chia..


1)3 February 2017, pagi tu aku rase sejuk dan sengal sengal badan. Macam nak demam.


2) Start je lepas solat Jumaat, memang aku terus demam. Aduh, badan aku rase sejuk sangat. Pakai blazer aku pun aku rase sejuk kematu. So, aku call wife aku cakap aku demam. Mintak tolong dia masakkan aku sumthing special untuk penuhi tekak aku yg tengah demam ni. Demand la plak aku nih. Tapi wife aku tunaikan. Dia masakkan aku spegetti balognese. "Mak, masak spagethi bolognese" "sedap". Hihi

3) Balik rumah, masuk pintu umah je, aku dah tak tahan dah. Aku masuk bilik dan terus kelubung dalam selimut. Wife aku tanya nak mandi ke, nak makan ke, atau nak rehat dulu? Aku cakap aku nak rehat dulu. Terlalu sejuk badan ni aku rase. Wife aku rase dahi aku dan dia cakap "memang demam awak ni".

4) Aku tertidur dalam kelubung selimut. Wife aku gerak aku. Dia pujuk aku suruh mandi. Aku paksa la diri untuk mandi. Rupenye wife aku dah sediakan air suam untuk aku mandi. Wife aku masakkn air panas dan campur dengan air paip untuk jadikan suam. Sebab umah aku ni tak pasang pemanas air. Dengan air suam tu dapatla aku mandi dengan selesa.

5) Dah segar mandi, aku makan spegetti masakan isteri aku. Pergh, mmg best. Walaupun aku tengah demam tetap rase sedapnye. Tapi sorry ye syg.. Tak dapat makan banyak sebab tekak tgh tak brape best.

6) lepas makan, aku telan paracetamol dua bijik dan terus sambung tidur. Tengah malam aku terjaga lepas rase sihat skit dan badan pun da berpeluh sebab berselimut. Baru la aku bangun sembahyang. 

7) Thx syg sebab jaga sy time demam. Thx juga sebab memahami.. :-)

Untuk isteri yg kucintai dan sayangi, aku xmampu menjanjikan bulan dan bintang.. Cuma InsyaAllah akan kuhadiahkan sebuah kesetiaan dan kasih sayang yg xberbelah bagi untukmu.. Semoga kasih sayang kita akan berkekalan hingga ke Jannah. 

No comments:

Post a Comment