Sunday, February 5, 2017

Hyperloop - Pengangkutan yang Hebat

Rupe Hyperloop bile tengah travel. Tapi gambar ni ilustrasi sahaja. Sebenarnye tiub dia bukan la lut sinar camtu.
ILLUSTRATION BY HTT/JUMPSTARTFUND/OMEGABYTE 

Saya mula2 terdengar cerita pasal hyperloop ni dari radio pagi. Mase tu sy dengar mase nak gi keje. Teknologi ni sedang dalam pembinaan di Dubai.

Idea ni datang dari Elon Musk ni membuatkan mata saya terbeliak besar. Sebab dia berjaya buat satu pengangkutan darat yang lebih laju dari kapal terbang, tapi sangat mudah nak naik macam keretapi. 

Bile siap nanti... Hyperloop akan jd kenderaan terlaju di dunia (buat masa ni, masa depan kite tak tau lagi la).. Bayangkan dengan kelajuan purata 970km/j dan lelajuan tertinggi mencecah 1200km/j. Setakat dari sempadan Thai ke sempadan Singapore mengambil masa lebih kurang 25minit je, mmg kacang je la bg hyperloop.
Contoh Rupe Teknologi Hyperloop
(sumber gambar dari Wikipedia)

Untuk keterangan mudah paham, boleh dikatakan. Hyperloop ni mcm keretapi la.. Tapi kalau keratapi, mesti kene ada railway. Hyperloop plak akan guna paip dan daya tekanan.

Citernye lebih kurang gini.. Derang letak penumpang dalam gerabak, kemudian letak gerabak tu dalam paip. Lepas tu derang sedutkan udara di depan gerabak tu sampai bertekanan udara depan gerabak jadi rendah.. Tekanan tinggi di belakang gerabak akan tolak gerabak tu ke depan dengan daya yang tinggi.

Lebih kurang mcm korang main sumpit kacang hijau dengan straw la... Korang masukkan sebijik kacang hijau dalam straw.. Lepas tu korang tiup straw tu hala ke kepala kawan korang.. Kalau kene  sepuk ngn kawan korang tu jgn la marah.. Sebab mmg sakit sumpit kacang hijau ni..:-D

Kalau ade duit la.. Sy cadang nak buat la sebijik kat Malaysia.. Boleh sy keje kat KL tapi umah kat Perak kan?? :-)

Sumber article: Wikipedia

No comments:

Post a Comment