Aku memang suke makan makanan jepun di Sushi King ni. Tapi restaurant ni pun tak terkecuali dari terpalit dengan pelbagai kontroversi. Sebab ramai gak yg kate restoran ni tak halal.
Aku mula2 try makan kat restoran ni mase aku keje kat Kulai Johor. Mase aku tungkus lumus buat projek kat sana. Sebab aku pun tension dan pressure keje, so aku makan la bende yg sedap dan best cam kat restoran ni.
Restoran Sushi King ni... pada aku, memang king la. Tapi tak semua aku makan kat sini. Aku suke makan mix bento dia.. Dan aku tgk kalau ada sushi yg best aku sauk gak la.
Harga pada aku agak mahal tp sebab rase dia yg best dan tak dapat cari kat tempat lain, aku sanggupkan juga la menjebakkan beberapa puluh ringgit untuk sekali makan. Selalu aku dalam sebulan sekali mesti makan sini. Satu lagi, layanan mereka pun memang umph. terbaik..
Tentang kontroversi tak halal tu berlaku sebab makanan jepun ni biasanya akan disediakan bersama mirin, iaitu sejenis alkohol yg dibuat dari beras. Walaupun Sushi King sendiri dah tak guna bahan2 beralkohol dan berkhinzir, namun yg tak yakin dan was-was tetap tak makan la. Bagus la tu.
Cuma sekarang tiada lagi la dah kontroversi tu sebab Sushi King da dapat pensijilan halal.. Tahniah buat sushi king. So, aku memang yakin dah sushi king ni memang halal. Tapi kini dengan pensijilan halal ni, aku jadi lebih lagi bertambah yakin la. Korang jangan cayer cakap aku.. ko rujuk kan website JAKIM sendiri kat sini...
Good job to sushi king. Jangan buat perangai sampai sijil halal tu ditarik balik sudah la..
No comments:
Post a Comment