Tuesday, January 3, 2017

Perbezaan Apply PE Melalui Borang IEM dengan Borang BEM

Assalamua'alaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti yg aku janjikan sebelum ni dalam entry Part 1, aku nak cerita pasal perbezaan borang IEM dgn borang BEM.

Borang IEM kene isi dengan adanya 2 penyokong. Syarat-syarat 2 penyokong adalah seperti berikut;

1) Kedua-duanya hendaklah ade PE dan merupakan sekurang-kurangnya IEM Corporate Member (MIEM). kalau Fellow Member IEM lebih baik la.

2) Salah seorang dari mereka hendaklah ada PE dengan MIEM selama 10 tahun. Atau, PE dengan Fellow Member of IEM (FIEM). Bende ni aku call IEM sendiri cakap camni. Tapi bila aku tgk Guidance Notes IEM takde lak syarat 10 tahun tu. So, kalau ade bos/senior yang cukup syarat ni kat tempat keje korang takpe la. Kalau korang takde elok la korang tanye betul2 kat IEM. Supaya takde nyusahkan korang lak nak cari tempat keje lain yang memenuhi syarat ni kan.

3) Salah seorang dari mereka hendaklah mempunyai PE dengan MIEM (dan ke atas) yang sama bidang kejuruteraan dengan pemohon.

4) Borang IEM tidak memerlukan pemohon untuk cari balik bos lama korang, atau supervisor kat tempat kerja lama korang yang ada PE untuk sain borang korang. Bos/senior kat tempat keje korang pun dah memadai. Tapi korang kene keje la dalam dua tahun dan lebih dengan bos/senior tu. Bende ni termaktub dalam syarat IEM la. Bende ni jadi masalah untuk orang yang macam aku yang banyak melompat tempat keje. Tapi aku harap tempat keje sekarang aku terus kekal la. Tak best sebenarnye lompat-lompat ni.

Gambar 1: Sebahagian Borang IEM. Part ni yang kene ade 2 Supporters aku maksudkan tu.

Manakala Borang BEM lak korang kene:

1) Cari bos korang, atau supervisor kat tempat korang berkerja, yang ada PE untuk sain borang korang dan korang kene la keje kat situ at least 3 tahun dan ke atas. Bende ni sesuai dengan engineer yang setia dengan satu company lebih dari tiga tahun. Tak pun, engineer tu rajin la nak pergi cari balik bos-bos atau senior-senior lama balik untuk cukupkan 3 tahun korang tu.

2) Setakat aku tau, supervisor tu janji ade PE yang sama bidang dengan pemohon. Tak perlu masa 10 tahun semua tu. Itu utk IEM punye syarat.

Gambar 2: Sebahagian Borang BEM. Part ni yang bos/senior/supervisor yang ada PE, yg sama tempat keje dengan korang selama 3 tahun kene sain. Kalau tak cukup 3 tahun, korang kene carik balik bos-bos/senior-senior/ supervisor-supervisor yang ade PE kat tempat keje sebelum ni utk cukupkan 3 tahun tuh.

Jadi korang yang mane satu? kuat lompat ke atau setia? pilih la mane yang sesuai dengan korang.

1 comment:

  1. Salam Tuan Azizul,

    Saya ketika ini sedang giat menyediakan dokumen untuk dihantar kepada pihak IEM. Sepanjang tempoh saya bekerja, saya sudah bekerja untuk 2 syarikat. Section 12 dalam borang IEM menjadi sedikit keraguan buat saya. Saya nak mohon kepastian samada pengalaman ketika syarikat pertama boleh di tandatangani oleh majikan syarikat terkini? walaupun kerja itu dibuat semasa berada dlm syarikat pertama.

    SOalan seterusnya, kesemua lukisan & laporan boleh ditandatangani majikan syarikat terkini?

    Terima kasih.

    ReplyDelete