Wednesday, December 28, 2016

Cara Mendapatkan Professional Engineer di Malaysia (Part 2)

Assalamuálaikum dan salam sejahtera,

Kali ini aku nak bercerita tentang part 2 plak untuk cara mendapatkan Professional Engineer (PE). Kalau korang belum baca part 1, tolong baca yang tu dulu la sebelum sambung ke part 2 ni.

Dalam entry kali ini aku nak bercerita selepas korang da hantar design report dan experience report korang. Jadi, step seterusnye adalah camni lebih kurang:

1) Korang akan dihubungi oleh IEM/BEM selepas lebih kurang sebulan dari tarikh korang hantar report. Boleh jadi awal dan boleh jadi juga lewat. Selalunya mcm IEM, derang akan emailkan surat ke email korang. IEM tak hantar surat, derang berhubung melalui email je. So kena rajin la check email. Surat tu akan beritahu korang lulus atau ada komen dari report yang korang hantar. Macam aku ade komen. Sebab aku ada kesilapan kecil dalam experience report aku. Komen seperti ini biasala, jangan la korang down pulak bila terima komen macam ni, terus merajuk taknak sambung buat PE dah. Rileks la. Itu menandakan IEM serius review report korang. Derang bukan terima bulat2. Biar la derang buat keje derang kan?

2) Bila da lulus report korang tu nanti, derang akan bagi surat menyatakan dah lulus. kemudian IEM akan masukkan nama korang ke dalam majalah Jurutera dalam masa terdekat. Nama korang akan tertayang di dalam majalah tu. Kemudian, lepas lebih kurang dalam sebulan, korang akan diberitahu nama interviewer korang. Interviewer akan diberi masa 2 bulan untuk contact korang . So, tunggu je la sebab menjadi kesalahan sebenarnye kalau korang pandai-pandai lak gi contact interviewer korang. So, sabar je. Tunggu je dia contact korang. Macam aku lak, interviewer aku contact melalui email. Jadi memang aku kene alert selalu la bila email masuk.

3) Lepas interviewer contact, korang akan diberikan masa dan tempat interview. Masa ni korang kena ready la. Jangan lupa lak nak tanya interviewer apa nak bawak. Ada interviewer mintak korang bawak hard copy report korang satu set lagi. Tapi macam aku, interviewer aku tak mintak. Dia memang dah terima satu set report aku dari IEM. Tapi korang bawak juga la satu set copy untuk rujukan korang. Sebab interviewer nanti akan tanya "saya tengok report awk di muka surat 45 ni, saya rasa macam salah je pengetahuan teknikal awak?". So, dari soklan tu takkan la korang nak ambik set copy derang dan tengokkan. Mcm kurang adab lak. Jadi, korang bawak la copy korang sendiri, bukak la set report korang sendiri.

4) Soalan yang akan ditanya hanyalah berkisar mengenai report yang korang buat sahaja. Tidak ada soalan di luar topik melainkan perkara asas sahaja. Contohnya, aku hantar mengenai highway engineer. Semua berkenaan highway sahaja akan ditanya secara terperinci. Tapi interviewer ada hak juga nak tanya perkara fundamental seperti bending moment, bridge aku guna beam type ape, geotechnical dalam project aku pakai sistem ape etc. Skit2 mcam tu la sebab aku ambik bidang civil engineer. So kene tau la asas skit2. Project management dan kontraktual skit2 pun akan ditanya juga.

5) Lepas interview korang akan diberikan soklan essay untuk dijawab. 2 soklan essay berkaitan dengan report yang korang hantar, pilih satu untuk dijawab. Satu lagi berkenaan ethics. Soalan Ethics korang download dari IEM website kat sini. Soalan Ethics akan dipilih oleh interviewer 2 soalan dari 13 soalan yang ada. Dari dua soalan tu, korang pilih satu untuk dijawab. Korang goreng la essay korang sampai 4 ke 5 muka surat. Itu pendapat aku. Dan, paling penting, baca betul-betul arahan dia satu per satu, jangan terus nak jawab je. Sebab macam aku, IEM suruh jawab soklan essay itu pada kertas yang diberikan pada muka depan sahaja. Muka belakang kertas tu bertujuan untuk conteng-conteng cari idea. Kalau korang tulis depan belakang jugak, takut nanti interviewer failed kan korang pulak.

6) Lepas jawab tu, korang akan diberikan masa lebih kurang dua ke tiga bulan lak tunggu result. Kalau lulus dengan IEM korang akan dianggap sebagai Corporate Member of IEM. Belum lagi PE masa ni. Korang kena ambil lak sijil Corporate Member IEM tu, isi borang professional BEM (form A4) dan hantar ke BEM untuk BEM bagi korang sijil PE. Bende ni ambil masa dalam 2 bulan lebih jugak. Da dapat sijil PE baru boleh korang pakai Ir kat depan nama korang. Aku nak ingatkan korang, masa dapat Corporate Member IEM ni, korang diberi masa setahun sahaja untuk apply PE dengan BEM. kalau tak korang kena resit balik interview (kalau tak silap aku la).


Sebagai Contoh:Sijil Corporate Member IEM


Sebagai Contoh: Sijil PE dari BEM

7) Kalau failed camne lak? Failed ni ada 3 sebab,
     a) interview failed tapi essay lulus
     b) essay failed tapi interview lulus
     c) dua-dua failed.
   untuk case a) korang kene tunggu setahun untuk apply sit for interview balik, takyah ambik essay test. Untuk case b) lak, sama, tunggu setahun, apply untuk essay sahaja, takyah ambik interview. Untuk case c) tunggu setahun, apply untuk resit balik essay dan interview.
  Seperti biasa, kalau korang tak lepas yang ni jangan la rasa down plak. Tunggu je setahun kemudian reapply balik. Bende tak berdosa, so, ape nak takut kan. Cuma duit abis la skit sebab reapply tu ade kene bayar skit. Usah risau, bende mahal lebih berharga.

Sekarang ni ada juga kawan-kawan tanya aku, "ko dah boleh sain drawing la sekarang ek?". Sebenarnye belum lagi, sebab sekarang ni ada requirement baru lak. PE yang baru dapat macam aku kene duduki satu lagi exam. Nak duk exam ni kena bayar 1100 ringgit. Lepas dah lulus exam tu baru boleh sain drawing dan PE kite upgrade jd PE with PC (practicing certificate). Aku tak reti la nak citer lebih2 pasal PE with PC ni sebab aku lom ambik lg.

Ade pape soklan post la kat komen. InsyaAllah aku cube jawab. 

82 comments:

  1. Salam bang,

    Nak tanya pasal design report tu. Ada contoh format tak? Apa requirement untuk buat report tu? berapa m/s? Perlu ke masukkan semua isu teknikal dalam report tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      Contoh format sebenarnye agak bebas. Selalunye, bila Ejai da masuk consultant, kat situ dah ade contoh format design report company. Ambil je satu project yang Ejai pernah design dan prepare reportnya dan hantar je la ke IEM atau BEM.

      Requirement IEM seperti berikut:

      Design Work
      Document shall include the following:
      a) At least two (2) working drawings;
      b) Detailed design calculations relating to one (1) or more of the Candidate’s own submitted
      drawings;
      c) Specifications; and
      d) A set of Bill of Quantities (BQ), comprising abstract and take-off sheets relating either to one
      or more of the submitted drawings, whether or not prepared by the Candidate;
      A Candidate may submit an additional drawing not necessarily prepared by him, to illustrate his
      experience in the engineering work.

      M/S tu agak bebas. Takde lak requirement. Dinasihatkan kene buat 2000 ke 4000 patah perkataan.

      Isu Teknikal tak perlulah masukkan semua. Tebal sangat plak report nye nanti. Saya cadangkan masuk yang penting dan besar2 je, dan solution yang kepada masalah tersebut. Jangan yang takde solution lak masuk situ. Nampak kite tak competent lak.

      Untuk lanjut, baca kat sini..

      http://www.myiem.org.my/content/professional_interview-257.aspx

      Delete
    2. Asslam, bole share ke email sya technical report tuan sbgai rujukan.
      Terima kasih atas penerangan yg sngat berguna kepada kami smua.
      Ini email sya syarifudin.ishak@yahoo.com

      Delete
  2. Salam...satu artikel yg sgt bermanfaat utk sy..cuma satu soalan,betul ke kalo nak proceed ke PE kene ada buat Log Book dan ada Mentor ? FYi , saya baru register as a Graduate Eng dr BEM , brniat nak sambung ke PE .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Gadafi,

      Saya cukup suke kalau ade org berniat nak ambik PE. Ramai kawan2 sy berbuih mulut pujuk. Tapi taknak jugak ambik. aduyai..

      Sebenarnye Log Book dan Mentor ini perlu diambil bila dalam company yang Gadafi kerja, takde bos atau senior yang ade PE yang sama bidang dengan Gadafi. Kalau ade, bincang dengan bos atau senior tu untuk certify Gadafi punye Experience Report dah cukup. Tak perlu Log Book dan Mentor bagai.

      Tapi kalau takde, nak buat camne kan. Kene la buat jugak log book tu.

      Delete
  3. Salam tuan,

    Saya sudah mendaftar sebagai Graduate Engineer bersama BEM pada tahun 2015, namun begitu, saya hanya sempat bekerja selama tiga bulan sebelum menyambung Masters selama dua tahun. Saya masih dalam tempoh Masters.
    Saya ada dengar cerita yang dengan adanya Masters boleh pendekkan tiga tahun tersebut. Adakah ini fakta atau auta? Dan jika ia fakta, macam mana ya tuan?

    Saya sangat-sangat berminat untuk dapatkan PE sebagai satu target dalam hidup.

    Terima kasih banyak tuan.
    Fateh/Mark

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Fateh,

      Setakat saya tahu takde pun master boleh pendekkan masa tu. Mungkin ia sekadar auta. Pendapat saya la Fateh, sebelum dengar pendapat orang tu, tengok dulu latar belakang dia, kalau dia ade PE, tanye dia lanjut camne dia pendekkan. Mungkin ada caranya. Tapi saya sendiri tak tahu. Bila dah tahu share dengan sy.

      Untuk ambik master, ada juga yang ambil master sambil mengajar. So, mengajar tu sebenarnye kerja la. Boleh la claim sebagai bekerja. Technical report lak ambil la Research and Development Work. Research yang dibuat ketika master tu boleh dikategorikan sebagai technical report.

      Ambil master lagi untung sebenarnye. Dah la dapat belajar, dapat gak ambik PE dalam mase serentak (kalau sambil mengajar la). Dan dapat jugak menyebarkan ilmu yang bermanfaat. :-)

      Delete
    2. I see. Setuju dengan pendapat tersebut. Kalau saya ada maklumat lanjut dari siapa maklumat tersebur, saya akan kongsikan.

      Soalan terakhir:
      Kalau master thesis pun tak dikira jika saya tak bekerja sewaktu menyiapkan thesis tersebut?

      Terima kasih banyak tuan.

      Delete
    3. Tak silap saya la, tapi kene tnye lanjut.

      Master thesis tu boleh digunakan sebagai technical report Fateh. Tapi, kan kite kene hntar experience report jugak. Yang Experience report ni yang kene keje baru boleh ade experience keje.

      Delete
    4. I see.
      Maaf atas kelewatan reply.
      Terima kasih banyak tuan.

      Delete
    5. Assalam, kalau ahli akademik, bolehkah ambil PE? Misalnya, pensyarah dalam bidang kejuruteraan mekanikal? Sebab saya pernah jumpa stamp IR bertulis "with non-practicing certificate"

      Delete
    6. Boleh. ade je ahli akademik dapat Ir. Sy rasa stamp Ir tu bukan yang diwartakan oleh BEM. Jadi risau kalau bende tu bersalahan dengan BEM punya syarat.

      Delete
  4. Assalamualaikum tuan,
    Boleh share technical report tuan utk rujukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,
      Maaf, sy kurang selesa nak share report sy kepada yg sy tak kenal. Sebab dlm report sy ada byk rahsia company sy. Sy akan share (kalau ada masa) bile sy da edit report sy nnti dengan membuang semua maklumat2 sensatif.

      Delete
    2. bole tak share contents Tech report tuan

      Delete
  5. Hi,
    Saya nak tanya, utk apply graduate engineer, adakah semua dokumen perlu disahkan oleh PE? Or kita boleh upload ja terus bila kita apply online graduate engineer tu?
    Btw, penerangan cik Azizul membantu saya, fresh grad, utk memahami pathway to be a PE.. Thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Sy buat secara manual dulu. Tp mmg semua dokumen kene disahlan oleh PE. Kalau upload pun kene upload copy yg ada pengesahan PE.

      Delete
  6. perh...sempoi punya Ir. tq for info bro :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum tuan Ir, saya dalam proses membuat report pengalaman. saya nak minta bantuan tuan berkenaan susunan laporan..blh tuan sharekan content/list isi kandungan laporan pengalaman di almi1212@gmail.com. terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, maaf lambat reply. Masih mahu lg ke kandungan report pengalaman tu??

      Delete
    2. Saya mahu tuan.. Boleh share? mhfirdausmk@gmail.com

      Delete
    3. Assalammualaikum Tuan, sy terjumpa blog Tuan semasa google jalan untuk buat IR. Boleh ke Tuan share kepada sy juga?
      fatinmasturamajenom@gmail.com

      terima kasih Tuan

      Delete
  8. Salam tuan. Boleh email saya tuan punya contact no.
    My email: farah.iylia87@gmail.com
    Saya planning nk ambil PE. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori, bz sgt keje tak tau ada komen kat sini. Nak sy emailkan contact sy ke??

      Delete
  9. Thanks for the info 👍 sangat membantu untuk rujukan ..

    ReplyDelete
  10. salam tuan,
    boleh saya tahu format log book tu macamana?
    apa yang kene ada dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye, sy mmg tak buat log book. Jadi sy sangat dangkal dalam hal log book. Kalau nak buat log book boleh pergi ke office iem. Kat sana ada jual set log book iem. Sy pernah beli tapi sy tak pakai pun. Last2 sy hantar experience report jer.

      Delete
  11. Salam tuan,
    Report must in english languange atau ada option untuk bahasa melayu juga?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum, saya tengah buat experience report. blh tuan sharekan content isi kandungan di norazrinworks@yahoo.com untuk memudahkan susunan report sy. terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang sangat berguna. Saya baru saja mendaftar dengan BEM. Tengah tunggu BEM process permohonan saya. Sy fresh grad berkerja dalam projek MRT2 sebangai Planning Engineer & berminat untuk amik PE. Untuk 3 tahun experience tu..as Project Delivery Partner..sy boleh ke guna experience ni utk memohon PE? sbb sy bukan badan consultant & contractor.

    Untuk pengetahuan encik sy graduate Mechanical Engineering.
    Saya terangkan sedikit scope Planning dalam PDP.
    Planning ade dua department, system & infra.
    Saya berkerja sebagai system planner untuk Electric Train. (maybe sy boleh consider experience utk management di office)

    Planning Infra akan berkerja di site tetapi Sebagai Planner.
    ni boleh dikira site experience ke?

    Tugas Planner x melibatkan technical tapi kami perlu menghadiri banyak meeting (termasuk technical meeting) untuk update semua progress project.

    Boleh ke sy buat PE dengan experience sebagai Planning engineer di PDP? Mohon pendapat Encik. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Planning yer.. hurm.. Planning Infra berkerja di site tu memang boleh diambil kira sebagai site experience of engineer.

      Tapi tetap kene ade design experience. Sebagai planning engineer mesti ada terlibat dengan consultant dan selesaikan masalah technical. Jadi boleh guna la experience tu sebagai design experience. paling penting kene tau pasal design tu dari awal sampai habis.

      Delete
  15. Any reference to refer when answering the essay question?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Need to know about Code of Engineering Ethics.. thats the only reference. and just share your experience in the essay. Make sure your experience is a good one.

      Delete
  16. Salam.nk tanya..klu dah dpt PE,mmg x boleh endorse drawing?Even simple.design? bukan still melalui proses yang sama ke?

    ReplyDelete
  17. Salam tuan Azizul boleh share experience report tuan ke ahmaduthm@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete
  18. salam encik..saya bercadang untuk mengambil PE dalam masa terdekat..boleh encik share report technical encik ke zafirah.noor@gmail.com..terima kasih

    ReplyDelete
  19. Salam tuan Azizul boleh share experience report tuan ke najmi9119@gmail.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Salam tuan. Sy seorang jurutera awam yang berdaftar dengan BEM sebagai jurutera siswazah pada tahun 2014.

    Pada tahun pertama bekerja, sy bekerja sebagai jurutera tapak dengan syarikat kontraktor, tetapi tidaklah lengkap setahun, hanya 11 bulan sahaja.

    Pada tahun kedua pula, sy bekerja sebagai jurutera rekabentuk dengan syarikat consultant, focus dalam bidang c&s dan geoteknikal. Akan tetapi, sy bekerja dengan syarikat di singapura.

    Sekarang, sy bekerja dengan pemaju perumahan dan mengendalikan project management. Tidak terhad kepada itu, beberapa 'counter-design' telah pun sy lakukan didalam rekabentuk sedia ada untuk penambahbaikan daripada segi kos dan 'feasibility'.

    Soalan sy:
    1) Adakah pengalaman bekerja selama 11 bulan ditapak pada tahun pertama sy bekerja boleh diterima? Walaupun sekarang ini sy kerap turun ke tapak utk membuat defect inspection bagi beberapa projek
    untuk mengawal kualiti;

    2)Pengalaman bekerja dengan consultant yg beroperasi selain daripada malaysia (singapura) bolehkah memenuhi syarat IEM/BEM? Untuk pengetahuan tuan, singapura menggunakan standard tersendiri dan telah mula menggunakan EC berbanding BS pada tahun tersebut. Jika boleh, bolehkah sy gunakan report yg lepas (cop P.E singapura, Er.) utk dihantar ke IEM? Seperti yg diterangkan diatas, bolehkah penambahbaikan yg dilakukan terhadap rekabentuk dikira sebagai salah satu pengalaman dlm bidang ini?

    3) Syarikat tempat sy bekerja sekarang mempunyai beberapa orang P.E dalam bidang kejuruteraan awam, adakah mereka valid utk 'endorsekan' report pengalaman terdahulu?


    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, jawapan saya:

      1) Boleh, sebab dia nak kita cukup setahun di site. 11 bulan campur dengan cumulative site visit sy rasa memang cukup la setahun.

      2) Boleh guna report tu. Dan sekarang pun BEM dah recognise PE dari luar negara. Saya rasa boleh. Cuma terangkan secara detail la kenapa PE tu PE singapore dalam report encik nanti.

      3) Kalau melalui IEM memang boleh. Tapi kalau memalui BEM tak boleh saya rasa.

      Delete
  21. Salam tuan. Saya ada pernah terbaca yang 3 tahun work experiences tu boleh diganti dengan conducting engineering research atau teaching engineering course. Maksudnya kalau sambung phd & after that dikira dah lalui fasa 3 tahun & boleh terus proceed dengan setahun training under PE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada cara itu. Tapi saya juga kurang arif dalam bahagian ini. mohon tuan cuba cari di BEM atau IEM macam mana nak buat.

      Delete
  22. Salam tuan. Boleh dapatkan contact number? Atau boleh hubungi saya 0192111513.

    Saya perlu tunjuk ajar tuan tentang cara dapatkan PE.

    ReplyDelete
  23. salam, bang dah lama kerja. dah register tahun 2008 dgn BEM sbg Graduate engineer tp baru skrg nak apply PE. mcm mana? pohon bg nasihat...

    ReplyDelete
  24. Salam bang,

    Saya nak bertanya.. Kalau saya dah pernah ambil ujian IR 3tahun yang lepas, adakah saya boleh ambil semula ujian guna report sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh!! tapi pada saya adjust la skit.. bagi sedap sikit..

      Delete
  25. Salam tuan, ade kenalan ke yg buat PE (mekanikal) dalam industri pembuatan (kilang)? nak tau prosesnyer.. sbb klw civil ade site & design. klw jurutera kilang mcm mana ye?

    ReplyDelete
  26. salam tuan,
    sy graduate 2013,skrg bekerja sebagai engineer lbh kurang 5thn. Tp lepas graduate sy x register pun as graduate engineer. Kalau sy register sekarang,kena tunggu 3 thn lagi ke baru bole apply untuk PE? dari segi pengalaman, report ape semua yg tuan tulis dlm artikel tuan, sy rs sy dah ada. mohon nasihat tuan.trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerp. mmg kene sabar la 3 tahun.. dan dalam 3 tahun yang dah register dengan BEM tu yang kena ada setahun pengalaman site dan setahun pengalaman design. setahun lagi tu mana2 pun boleh. project management pun boleh.

      Delete
  27. Salam tuan,

    Sy graduate pada tahun 2014. Dalam tempoh 2014 hingga 2018 bekerja dalam pengurusan project dan operasi.

    Baru sahaja berpeluang untuk join consultant company. Cuma, skop company agak kecil. Lebih kepada ventilation system sahaja. Adakah skop kecil ini cukup untuk sy apply PE 3 tahun akan datang? Untuk makluman, setiap project ventilation system ini perlukan approval PE utk kelulusan DOE & DOSH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh!! kecil besar sesuatu design tu tak penting.

      Delete
  28. Salam Tuan,

    Saya Akiff, Saya graduate pada 2014, dalam Civil Engineering, tapi tak pernah register sebagai Graduate Engineer, saya ada pengalaman 4 tahun sebagai Civil Engineer dan Quality Engineer, tapi masalahnya tempat saya berkerja takda PE untuk dapat kan endorsement sijil, soalan saya

    Boleh tak saya tahu dekat mana saya boleh dapat kan endorsement dari PE untuk sijil sijil saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terus ke BEM. mereka boleh tolong endorsekan tak silap saya. cuba hubungi BEM terlebih dahulu. yang penting kene bawak original copy juga tunjuk kat BEM.

      Delete
  29. emezza nur aitaillah bakriMarch 11, 2019 at 11:52 PM

    salam..saya meza..saya mmg nak apply utk PE..tapi still kosong nak mula report tu mcmne..sbb mostly design guna software..nak pakai kira sndirian berhad tu..mmg xde kot..uhuuhuh..ada sample x yg saya boleh refer?da nak masok 6 taun jadi dsgn engineer..tapi site exp tu mmg on off je la..time site meeting je pg turun site.mcmne ek?ope tuan sudi bg guideline utk saya kick off report saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman site kene kumulatif selama setahun. jadi kalau on off pergi site..kumpul2.. cukup setahun.. boleh la apply PE dah.

      Tentang design report.. memang la kira dengan software.. tapi kene tahu la software tu punye limitation juga.. software tu ikut guideline mane, codes mane.. input apa nak bubuh.. philosophy of design etc.. kemudian.. tak silap saya.. walaupun kita buat design.. kita still kena buat calculation report dan hantar ke majlis perbandaran atau client kan? report tu pun boleh digunakan sebagai technical report.

      Delete
  30. Bang, kalau jadi engineer kapal terbang boleh dapat ke ir tu heheh��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm.. saya pun tak pasti.. tapi kalau boleh register dengan BEM sebagai graduate engineer rasanya most likely boleh la apply ir.

      Delete
  31. Assalam tuan. Terlebih dahulu terima kasih usaha dan perkongsian pengalaman tuan sebagi PE di blog ini.

    Saya seorang jurutera awam yang berdaftar dengan BEM tahun 2007.

    Tahun pertama slps saya graduate Jan 2007 sehingga Dis 2009 saya bekerja sebagai Jurutera Tapak

    Jan 2010 sehingga Apr 2011 saya bekerja sebagai Pengurus Projek (Full time 6 bulan baki nya partime)

    Feb 2011 saya bekerja sebagai Penolong Jurutera Awam di badan berkanun sehingga sekarang. Skop tugasan saya mengurus projek naiktaraf PTJ, menyenggara kerja-kerja awam dan membuat pembaikan awam.

    Tempat kerja saya sekarang, saya dipantau oleh majikan yang bukan bidang kejuruteraan iaitu pegawai tadbir.


    Soalan saya.

    1) saya berminat untuk ambil PE, bolehkah saya ambil PE dalam kondisi saya berjawatan Penolong Jurutera Awam sekarang?

    2) saya ada simpan set Construction Drawing, Architect Drawing projek pertama saya 2007 dengan bantuan kawan lama dengan niat saya untuk persediaan PE bila-bila diperlukan. Adakah saya boleh guna ini sebagi dokumen 'Technical Report' saya.

    3) Untuk part 'Experience Report', adakah sesuai tulis experience sebagai Jurutera Tapak ke Penolong Jurutera Awam (2007 sehingga sekarang) atau hanya perlu experience sebagai jurutera sahaja (2007-2011)

    Sekian. Terima kasih

    ReplyDelete
  32. Hi, feel free to read my experience on route to professional engineer at https://mrsingenieur.blogspot.com/

    ReplyDelete
  33. Assalam tuan. saya berminat nak ambil PE, tetapi sekarang bekerja sebagai penolong jurutera di sektor awam dan pada masa yang sama sedang menyambung Phd. pengajian Phd saya di bawah seliaan PE. adakah saya boleh mohon PE dengan dengan menggunakan pengalaman kerja sebagai penolong jurutera dan teknikal report based on my phd project. mohon pencerahan. terima kasih.

    ReplyDelete
  34. Salam tuan, dah ade PE masih xboleh sign dwg ke?..sbb dalam BEM ada nyatakan 'seorang PE boleh bekerja atau memberi perkhidmatan kejuruteraan profesional dengan menggunakaan stamp yg diluluskan oleh Lembaga Jurutera Malaysia...' Sila rujuk link ini..
    http://bem.org.my/bem-news/-/asset_publisher/WCMOndstvsZ7/content/new-pe-pe-with-pc-stamp?inheritRedirect=false

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada PE sahaja dia ada limitation dia.. PE hanya boleh endorse drawing product dia sendiri atau product syarikat dia.. Dia tak boleh endorse drawing seperti structural drawing dan hantar ke Majlis Perbandaran utk Building Plan.. yang tu kene PEPC.

      Delete
  35. Salam, nk tnya.. cara binding report. Ad x format utk binding report yg sudah complete?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. setakat yang saya tahu tiada format lagi cara nak binding. jadi binding mcm mana pun boleh.. janji kemas..

      Delete
  36. Assalamualaikum bang..nak tnya sikit...saya act baru lepasan spm dri skola teknik.. course saya sblom ni mmg civil pon..so saya nk smbung..tapi boleh tak saya tau total brape years abg amik utk smpai sejauh nii(professional engineer)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. saya dari SPM terus ambik degree.. tak ambik diploma.. saya habiskan 5 tahun ambik degree.. lepas tu sy kerja dalam 5 tahun lagi dan mula apply PE.. dari situ.. lebih kurang setahun kemudian sy dapat PE.. jadi boleh kata 11 tahun la selepas SPM..

      Delete
  37. Hi Azizul, boleh tolong sharekan isi kandungan laporan pengalaman? Email saya:whmoy@yahoo.com

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum Encik Ir Azizul,
    Boleh tolong share kan Experience Report encik?
    Email ke normunirazulkifli@gmail.com
    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mr.Ir.azizul..bleh share experience report ..imelsoil.chin@gmail.com..thank you tuan

      Delete
  39. Salam Ir En Azizul,
    Boleh tolong share list isi kandungan Experience Report encik? Sy dah 3 tahun bekerja, dah lama nk buat PE. Tp taktahu mcmane nak mulakan isi dlm logbook dan mentor. Baca post ni baru tahu, tak perlu logbook dan mentor sekiranya ada PE di tempat kerja. Experience Report memadai. PE di tempat sy bekerja sgt encourage sy untuk ambil PE. Bila ada yang support, baru kita semangat sikit nak buat. Hehe. Mind sharing only the list of isi kandungan tuan Ir atau apa-apa info lain yg mungkin berguna utk saya?

    my email farahammelia@gmail.com

    Thanks in advance.

    ReplyDelete
  40. Bang, saya ni keje offshore plaformboil & gas. Production Supervisor je. Gaji lebih RM20K kurang RM30K.... Kelulusan sijil politeknik je. Perlu ke ambik CEng tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau nk gaji 50k kena la ambik. Nak?

      Delete
  41. nak tanya la... kalau diploma, boleh ke terus register jadi engineer then amek experience kerja berapa tahun terus daftar jadi PE ?? maksudnya dengan x amek degree boleh je jd PE ??

    ReplyDelete
  42. asslamulaikum bang..saya ingin bertanya saya ingin menyambung ir akan tetapi bidang dan pengalaman saya didalam occupational safety and health adakah saya boleh menyambung ke ir apakah route saya ini boleh menyambung ke proffesion tersebut.

    ReplyDelete
  43. salam bang nak tanya, saya student dalam diploma engineering jadi perlukah saya daftar diri sebagai student di web IEM ?

    ReplyDelete
  44. Cool and I have a tremendous provide: Where To Learn Home Renovation house hunters renovation

    ReplyDelete