Sunday, April 17, 2011

Memotivasi Diri

Semangat semasa kerja memang penting. Dalam kes aku di Tapak Pembinaan, pekerja tanpa semangat pekerja akan buat kerja lambat2. dia tidak cuba impress bos dia.

berbeza dengan pekerja yang penuh semangat, kerja-kerja mereka jadi laju.

bagi pekerja2 buruh, duit adalah sumber semangat mereka. Namun berbeza dengan aku, aku bersemangat bila ada benda baru aku kene belajar. Duit gaji dan OT aku penting juga, tetapi sebagai hadiah sahaja dari ape yang aku semangat nak buat. So bos2 di luar sana, kalau nak aku kerja dengan penuh semangat, bagi aku ilmu baru setiap hari untuk aku belajar. :-)

ketika ini aku sedang bersemangat kerja. namun aku sendiri tidak tahu semangat kerja itu datangnye dari mana. tetibe je ade. mula2 aku start kerja kat sini aku memang bersemangat sebab aku nak tahu banyak perkara tentang pembinaan. namun sekarang aku sudah banyak tahu, tapi aku tetap bersemangat. I love my job. atau mungkin aku ni workaholic.

aku pernah tidak bersemangat, pada ketika itu sub kont aku tidak bersemangat di tapak bina atas hal2 tertentu. kemudian aku lihat di pejabat memang la kurang semangat di sana dari awal lagi. bagai ada hembusan angin di pejabat aku yang membisikkan untuk rehat2 dan kerja rileks2 sahaja.

Masih sampai sekarang aku mencari mana datangnye sumber semangat aku setelah orang lain mula tidak bersemangat dengan. aku kene maju ke depan. ini projek pertama aku. reputasi aku bersama projek ini. jadi aku kene pandai memotivasikan diri untuk terus bersemangat. dan aku kene bersemangat supaya orang lain turut serta ikut bersemangat.

2 comments:

  1. i think you're a workaholic. hari ahad pun keje..sungguh lah rajin~

    ReplyDelete
  2. Untuk mencapai matlamat.. kene berkorban skit..

    ReplyDelete