Thursday, April 7, 2011

3M

Hari ni aku nak cerita pasal 3M. Teori ni subcontractor aku yang explain. Untuk melajukan kerja-keja di tapak kene ade 3M iaitu

manhour
money
material

manhour adalah pekerja. kalau ade duit pun tapi pekerja takde nak buat ape. hantar la material sebanyak mane pun tapi takde orang nak kerjakan jadi useless jugak. jadi manhour kene optimum. bukan ramai, tapi optimum. semua orang bekerja dengan tekun dan tiada orang pun di site yang tak tahu ape dia nak buat hari tu.

money ni takyah explain pun takpe. takde duit camne nak buat kerja kan. memang ade kontraktor yang tidak ada duit tapi kerja2 derang jalan jugak. memang betul, tidak dinafikan. namun kerja mereka jadi sedikit lambat. ini kerana duit menaikkan semangat pekerja juga.

material. termasuk la batu bata ke, besi ke, papan, scaffolding. benda ini mesti ada di site untuk memastikan setiap orang yang bekerja ada benda nak dikerjakan. penting jugak ni. walau pekerja ramai, duit banyak tapi material takde, pekerja jadi useless gak.

bagi orang yang sudah lama dalam bidang pembinaan ni, mereka selalunya lack bahagian kewangan. namun material mereka boleh berhutang dengan supplier, pekerja mereka tetap setia sebab makan minum dan tempat tinggal derang ditanggung. jadi mereka tetap terus bekerja walaupun gaji takde.

bagi yang baru masuk bidang pembinaan, pastikan kewangan anda kukuh sebab anda baru nak bina hubungan dengan supplier2. mereka tidak mudah percaya dengan new player. pastikan duit anda mencukupi dan berjimat cermat setelah dapat advance payment dan claim. sebab selalunye supplier akan akan mintak cash money dari new player.

No comments:

Post a Comment