Friday, April 29, 2011

Konkrit kat tempat salah

Semalam konkrit. benci tul aku bile aku cakap tempat tu jgn konkrit dia gi konkrit. padahal tempat tu tak inspection by JKR lagi. yang bencinye aku gak yang kene gi menjawab dengan bos JKR tempat tu dah konkrit. kalau sub kont aku seniri yang gi menjawab dengan JKR takpe gak. memang aku menjadi mangsa keadaan la untuk bende cam ni.

So hari ni aku tak gi Site. malas. aku nak merajuk lame2 skit. da siap keje besi dia kat tangki air tu nanti baru aku datang site.

The Monk Who Sold His Ferrari

aku ni citer pasal buku je plak ek?

ni buku yang menerangkan pasal seorang peguam yang pengsan dalam mahkamah. peguam hebat ni. tapi lepas dia pengsan dia gi himalaya nak tenangkan diri. tinggalkan kes paling besar dia penah hadapi. sebelum dia bertolak ke himalaya dia jual semua harta dia di amerika termasuk la kereta ferrari dia.

lepas balik dari himalaya dia jadi muda balik. muka pun bersinar-sinar dan ceria sgt. so sorang anak buah dia (si penulis la) tanye balik kat bekas peguam ni camne dia jadi ceria camtu. rupenye dia ade jumpe dengan monk dekat himalaya tu yang ajar dia tentang erti kehidupan yang bahagia.

so bace la ape ilmu yang dia dapat kat sane.

Tuesday, April 26, 2011

The power of less

Buku ni aku bace laju2 je. sebab core buku dia, dia bagitau dengan sungguh jelas.

1)Set goal yang penting dan korang suke
2)kemudian set limit pada korang

dalam buku tu kate gol kene satu, projek biar 3, aktiviti tumpukan biar 3 je. kalau ade orang suruh kite buat kerja lebih, kene berani cakap no. dan bagitau yang kite dalam kerja yang lebih penting.

takyah buat temu janji. sebab temu janji buatkan kite terkejar2 buat kerja. ckap kat orang tu kol last minit untuk buat temu janji. kalau boleh katakan boleh kalau tak boleh kate tak boleh.

kemudian kalau buat kerja kene fokus. jangan ada yang ganggu. internet, telefon semua tutup.

kemudian cube selami kerja tu sampai ke tahap flow. di mana kite tak sedar sekeliling kita kite. kite tengah buat kerja dengan penuh khusyuk.

Wednesday, April 20, 2011

Ya Allah, slow n steady plzz

Ya Allah, hamba Mu yang ni memang tengah belajar banyak benda dalam pembinaan. Aku thanks a lot padaMu. Namun janganlah Kau naikkan diriku terlalu cepat. Kerana aku masih muda dan mentah. Kementahanku ini tidak cukup lagi untuk naik dan berjaya. Kang tak pasal2 gedebuk aku jatuh ke bawah kang, aku gak susah, aku pun takut~~~. Aku tidak mampu menanggungnya kang. Aku juga takut menimbulkan cemburu dan iri hati ramai pihak kalau naik cepat2 ni. Lagi satu, gelojoh kan tak bagus. Engkau kan tau ape yang Kau dah rancang untuk aku. Aku mintak, bagilah aku sebanyak ilmu yang boleh. Sebanyak nikmat yang halal yang boleh. Sebanyak rezeki yang halal yang boleh. Namun jangan tanggungjawab yang terlalu banyak. Aku takut nanti aku jugak rugi tak dapat jumpe Kau sebab aku menyelewengkan tanggungjawab aku. Tolong.. kan Kau Maha Pemurah dan Maha Penyayang. :-)

Tuesday, April 19, 2011

Mitch Albom punye pasal

aku beli la buku mitch albom satu. buat aku ngntuk je pagi ni. kepada peminat novel english, beli novel mitch albom wei. korang JANGAN beli novel mitch albom, mesti korang tersenyum sorang2, gelak sorang2, dan menangis sorang2. dan yang paling teruk, kalau korang bace malam, korang tak tido sampai kul 2. sebab tangan korang terselak muke surat secara tetibe..

Sunday, April 17, 2011

Memotivasi Diri

Semangat semasa kerja memang penting. Dalam kes aku di Tapak Pembinaan, pekerja tanpa semangat pekerja akan buat kerja lambat2. dia tidak cuba impress bos dia.

berbeza dengan pekerja yang penuh semangat, kerja-kerja mereka jadi laju.

bagi pekerja2 buruh, duit adalah sumber semangat mereka. Namun berbeza dengan aku, aku bersemangat bila ada benda baru aku kene belajar. Duit gaji dan OT aku penting juga, tetapi sebagai hadiah sahaja dari ape yang aku semangat nak buat. So bos2 di luar sana, kalau nak aku kerja dengan penuh semangat, bagi aku ilmu baru setiap hari untuk aku belajar. :-)

ketika ini aku sedang bersemangat kerja. namun aku sendiri tidak tahu semangat kerja itu datangnye dari mana. tetibe je ade. mula2 aku start kerja kat sini aku memang bersemangat sebab aku nak tahu banyak perkara tentang pembinaan. namun sekarang aku sudah banyak tahu, tapi aku tetap bersemangat. I love my job. atau mungkin aku ni workaholic.

aku pernah tidak bersemangat, pada ketika itu sub kont aku tidak bersemangat di tapak bina atas hal2 tertentu. kemudian aku lihat di pejabat memang la kurang semangat di sana dari awal lagi. bagai ada hembusan angin di pejabat aku yang membisikkan untuk rehat2 dan kerja rileks2 sahaja.

Masih sampai sekarang aku mencari mana datangnye sumber semangat aku setelah orang lain mula tidak bersemangat dengan. aku kene maju ke depan. ini projek pertama aku. reputasi aku bersama projek ini. jadi aku kene pandai memotivasikan diri untuk terus bersemangat. dan aku kene bersemangat supaya orang lain turut serta ikut bersemangat.

Saturday, April 16, 2011

Kene Marah Ngan Sub Kont.

bukan kene marah teruk2 la. tapi dia tinggikan suara masa kat kedai makan. memang bukan tempat yang sesuai kene tinggikan suara. tapi aku tau dia macam mane so aku kool je la.

Ceritanya bermula camni. dia dah janji sama dato (bos beso aku) yang dia akan siapkan bahagian dewan projek aku dalam minggu depan. So dato aku dah happy. tapi bile aku rujuk roof truss punye drawing, baru aku perasan yang sebenarnye dia kene buat satu lagi beams kat kawasan dewan tu yang untuk tanggung roof truss.

So dia pun cakap dia dah memungkiri janji untuk siapkan dewan tu dalam masa 5 hari seperti yang dijanjikan.

So aku ade dua cara. be honest dengan dato dengan apa yang terjadi dengan put all the blame on me, dengan menyatakan aku tak perasan yang ada satu beams jadi dua lapis. atau buat tak tau je, cakap je ngn dato dewan tu dah siap cuma tunggu roof truss je lagi utk letak connection dia pada beams lapisan kedua tersebut. So all the blame akan pergi pada roof truss punye orang.

Dalam Pembinaan memang ada banyak orang yang terlibat. stakat ni aku suka put the blame on me. but i need supportive boss to do that. in this case, sometimes aku kene balun dengan pengakuan yang aku buat pada bos aku. so aku terpaksa rela untuk put blame on others.

Tangga

Dekat projek aku ni kene ade tempat yang tangga tidak ada landing beams. So agak susah juga bile perunding aku kene pikirkan yang tangga takde landing beams. jadi aku pun google dan baca beberapa buku tentang ni. sebab sifu aku kat JKR ade kate memang wujud tangga takde landing beams ni.

Last2 aku jumpe satu buku. memang ade. namanye Free Standing Stair atau Scissor Stair. Segala Rumus yang berkaitan dengan tangga ni ada dalam buku tu. buku tu namanya

Reinforced Concrete Designers Handbook 10th Edition By Reynolds & Steedman pada muka surat 399.

cuma perkara ini mungkin memeningkan perunding aku kalau mereka tak pernah buat. so.. aku mungkin boleh intro je la buku ni kat mereka.

Sunday, April 10, 2011

Ape akan jadi kalau kiub test fail

orang akan kata kene pecah balik la komponen yang defect kemudian bina balik. kalau tiang yang fail la tiang tu dipecahkan. masa ni masa akan tertangguh, kos akan meningkat, semangat akan jatuh.

tensen kot, tapi sebenarnye bukan begitu, bukan semudah itu perunding atau JKR nak bagi arahan suruh pecah balik. mereka akan kaji balik struktur bangunan itu masih stabil atau tidak dengan kekurangan nilai kiub test ini. sekiranya tidak stabil, mereka akan buat nondestructive test untuk bangunan itu. kemudian derang coring balik komponen yang defect tu. kalau fail jugak baru la pecahkan.

Saturday, April 9, 2011

drawing

bende paling penting dalam pembinaan, pentingnye macam kalau masuk hutan jungle tracking macam peta dan kompas la. so dalam pembinaan mestila drawing. lukisan dalam pembinaan ni ada tiga jenis je. satunye drawing arkitek. yang ni nak terangkan kat mane letaknye pintu, tingkap dinding dan macam2 lagi la.

selepas drawing arkitek dak keluar, dibuat oleh arkitek, baru lah engineer boleh buat kerja. engineer akan produce pulak drawing struktur oleh civil engineer, dan drawing Mechanical & Electrical oleh Electrical Engineer. kalau dalam versi amerika (tak silap aku la) M&E ni dipanggil building services drawing.

di tapak pembinaan, yang menjadi masalah atau cabaran paling besar adalah drawing2 ni kadangkala tak tetap. sering berubah. sebab bermula dari arkitek yang mengubah drawing. kenape dia nak ubah. sebab client suh ubah. nape kene ikut cakap klient? sebab klient bagi duit, sebab client always ryte.

so, engineer kene follow arkitek ni. kalau dia tukar engineer pun kene tukar. kat site plak kene la hack kalau perlu hack. paling minor rugi la kong si kong. patut buat kerja sekali kene la buat sekali lagi. Adui mak.

lagi satu masalah ada konflik antara arkitek dan engineer2. orang ni nak yang ni orang tu nak yang tu. tensen2. sape2 tolong bgaitau aku camne nak bagi cepat bende2 nih. aku nak cepat ni.

Thursday, April 7, 2011

3M

Hari ni aku nak cerita pasal 3M. Teori ni subcontractor aku yang explain. Untuk melajukan kerja-keja di tapak kene ade 3M iaitu

manhour
money
material

manhour adalah pekerja. kalau ade duit pun tapi pekerja takde nak buat ape. hantar la material sebanyak mane pun tapi takde orang nak kerjakan jadi useless jugak. jadi manhour kene optimum. bukan ramai, tapi optimum. semua orang bekerja dengan tekun dan tiada orang pun di site yang tak tahu ape dia nak buat hari tu.

money ni takyah explain pun takpe. takde duit camne nak buat kerja kan. memang ade kontraktor yang tidak ada duit tapi kerja2 derang jalan jugak. memang betul, tidak dinafikan. namun kerja mereka jadi sedikit lambat. ini kerana duit menaikkan semangat pekerja juga.

material. termasuk la batu bata ke, besi ke, papan, scaffolding. benda ini mesti ada di site untuk memastikan setiap orang yang bekerja ada benda nak dikerjakan. penting jugak ni. walau pekerja ramai, duit banyak tapi material takde, pekerja jadi useless gak.

bagi orang yang sudah lama dalam bidang pembinaan ni, mereka selalunya lack bahagian kewangan. namun material mereka boleh berhutang dengan supplier, pekerja mereka tetap setia sebab makan minum dan tempat tinggal derang ditanggung. jadi mereka tetap terus bekerja walaupun gaji takde.

bagi yang baru masuk bidang pembinaan, pastikan kewangan anda kukuh sebab anda baru nak bina hubungan dengan supplier2. mereka tidak mudah percaya dengan new player. pastikan duit anda mencukupi dan berjimat cermat setelah dapat advance payment dan claim. sebab selalunye supplier akan akan mintak cash money dari new player.

Sunday, April 3, 2011

Cuba menulis balik

Sebenarnye ape aku nak tulis di sini adalah segala pengalaman aku di Site pakej A TLDM.. tapi terlalu banyak rahsia yang aku perlu simpan untuk menjaga hati ramai orang menyebabkan aku tinggal lama blog aku nih..

Pembinaan adalah bagi aku satu tempat yang menyeronokkan. Mungkin sudah ditanam dari kecil oleh ayah aku tentang keseronokan membina. Dulu kalau time berenang tepi laut Kampung Bharu (kampung aku la), Aku mesti akan bina istana pasir. Tapi sekarang pantai di kampung aku dah banyak terhakis. sedih...

By the way, ada satu teori di sini aku nak ketengahkan.. aku namakan segitiga produk. Setiap bucu segitiga ada kos (duit la), kecepatan, dan kekemasan. selalunye kalau kemas dan cepat.. mesti kos mahal. kalau kos murah, salah satu mesti kantoi samaada kecepatan atau kekemasan.. begitu juga kalau nak cepat.. tapi murah.. kekemasan mesti kantoi.

Itu yang terjadi di kebanyakan tapak bina. apa yang boleh kite buat adalah kawal sehabis boleh. kawalan yang paling cantik adalah benda yang dikawal oleh semua orang yang berada di tapak. termasuk la kong si kong.

Malangnye.. kong si kong suke buat kerja lambat supaya duit mereka jadi lebih banyak. mereka gaji hari.

Pada kite pula masa yang cepat boleh menjimatkan wang juga.. tapi kekemasan perlu dijaga la.. duit pula akan melambung tinggi dalam masa yang singkat. sebab kite dah compress semua kerja dalam masa yang singkat. namun dalam jangka masa yang panjang.. kita sudah jimat duit pekerja.. dan masa rehat kite dipanjangkan. masa penyerahan pada klien juga jadi tidak suntuk...