Thursday, August 5, 2010

Mula...

Ape nak mula ntah la.. aku pun tak tau..

Aku sekarang tengah duk melangut menunggu kucing bertanduk... Sebegitulah perumpamaannya.. Sebenarnya tak la bertanduk sangat pun. Sebab last2 start juga ape yang patut di start.

Cerita bermula ketika zaman jajahan orang minyak ke atas aku yang memberi sedikit harapan untuk menjadikan aku juga orang minyak dengan cara "belajarlah rajin-rajin". So, aku belajarlah rajin2. Namun atas sebab-sebab yang dinyatakan bahawa aku ni tak layak jadi orang minyak agaknya, jadi aku terperosok la kat manjung ni.

Allah telah beri jalan pada aku ke jalan yang aku hendak. Walaupun ada kecewanya tidak menjadi orang minyak seperti abg aku yang sulung sekarang, tapi aku begitu suka dengan sistem bangunan cepat siap membuatkan Dia, Yang Maha Mengetahui, meletakkan aku kat manjung ni, menguruskan sistem rumah cepat siap (IBS la dalam bahase englandnye).

Aku juga bersyukur dapat mentor yang baik. Mentor ini aku namakan Ulamak la dalam blog aku ni sebab ulamak bermakna orang berilmu dalam bahasa arab. Disebabkan mentor aku ni berilmu dalam bidang konstruksi, maka dia juga Ulamak la pada aku. 22 tahun dalam bidang konstruksi, masa umur aku tak sampai 2 tahun dia da masuk kerja.

Baiknya Ulamak ini dia seorang yang warak. Namun banyak jugalah cabarannya sebagai seorang yang warak dalam syarikat kontraktor. Bukan aku berkata syarikat tempat kerja aku ni kontraktor yang jahat. Namun sebaik manapun kita dalam sesebuah syarikat, kita tetap tidak boleh berterus terang dalam beberapa perkara yang boleh merosakkan kerjaya dan reputasi syarikat. Betul tak?

Ada benda yang perlu kita rahsiakan untuk mempercepatkan urusan kita. Namun perkara itu tidaklah melibatkan teknikal atau kewangan yang beso. Kalau kedua-dua itu wujud maka kita ada masalah lain dengan pelanggan. Masalah ini akan aku cerita bila ade mase lain. (tu sebab aku boldkan untuk ingatkan aku ceritakan pada korang. kalau nak dengo la).

Benda yang penting aku belajar adalah mulut perlu dijaga. Bukan mudah pun nak jaga kena plak orang macam aku. Bab-bab bercakap ni memang aku suke. Harap2 orang sekeliling beranggapan positif dengan aku.

Akhir kata, blog ini aku akan ada tipu2 dan ada yang aku bercakap benar. so kalau korang rase nak kene tipu dengan aku, atau nak dengar aku bercakap benar, atau nak dengar dua2 sekali, atau nak main teka-teki yang mana aku cakap tipu yang mana aku cakap benar. bacalah. kalau taknak kene tipu.. cari la blog lain ek..

1 comment: