Tuesday, August 17, 2010

Miapolis



Gambar di atas adalah gambar miapolis, bangunan tertinggi di dunia (kalau berjaya dbina la) selepas burj of dubai. Bangunan ni (atau boleh ku katakan bandar baru) akan dibina di atas air di miami florida. Dulu lecturer aku penah cakap yang orang barat bina bangunan tinggi sebab nak penuhi demand. Tapi sekarang rasenye lebih kepada ego. Taknak kalah dengan Dubai kot.

Bawah ni aku post beberapa image lagi..











Dalam Miapolis ni ada kondo dalam 1000 unit, hotel lak 800 bilik. Kemudian dia letak la (agak aku) kedai, restorant, bar, shopping complex kemudian ntah ape2 lagi la kot. Tu sebab aku katekan bende ni da jadi macam bandar. Silap2 kan, penduduk dalam ni takyah jejak tanah dah boleh gi keje, gi sekolah, gi makan, gi jogging.. haha.. pandai2 je aku tambah2..

Bangunan ni pun walaupun besar, elektrik dia dijana dari tiupan angin hingga ke tahap 60%. Teknologi Green Building la nih.

Tapi kelemahannye, air kumbahan derang recycle sebab nak jimat penggunaan air. Yucks..

Tapikan, mesti civil engineer cam aku ni tak boleh cari makan. Dulu manusia bina banyak bangunan. Banyak la keje boleh dapat. Sekarang manusia bina satu bangunan sebesar2 yang boleh tanggung ratusan ribu penduduk sekali gus. Susah la nak cari job. Kalau dapat job untuk buat Miapolis ni memang best la. Tapi mesti dia ambil civil engineer yang otai-otai. hurmm.. nampaknye aku kene la jadi otai cepat2..

No comments:

Post a Comment