Hari ni aku duk tak buat ape2 lagi.. da masuk hari ke berape aku pun da tak kire..
Esok kalau ikutkan Kalender Malaysia, semua muslim di Malaysia akan berpuasa. Selamat berpuasa la ek, jangan ngelat lak..
Aku pulak.. mengikut perkembangan semasa.. mungkin akan mula kerja2 melantak cerucuk dalam bulan puasa. Matahari yang panas memancarnya.. kene kira pula setiap ketukan mesin pelantak cerucuk membuat kerja. Makin gelap la aku. Harap2 tak la awek aku tinggalkan aku sebab aku da gelap.
Bukan mudah nak mendapat keputusan memulakan kerja pelantakan cerucuk ni. Walaupun sudah declare dalam BQ bende ni Provisional Sum, tapi penambahan bilangan point cerucuk dan menanam cerucuk yang lebih dalam dari BQ masa kami isi tender membuatkan keputusan untuk memulakan kerja pelantakan cerucuk ini menjadi lebih sukar. Kerana setiap pekerja yang ada bos akan pass keputusan kepada bos, bos tu pulak akan pas kepada bos atas dia, bos itu plak akan pas kepada bos atas dia lagi. waa.. bila mau abis da..
Projek ini sudah macam rojak. Sungguhpun rojak itu sedap tapi dalam projek kami ni sungguh pedas la plak. Tender ni kata reka dan bina. tapi bahagian arkitek, JKR yang pegang. Kami kene buat kontrak ini secara IBS tetapi BQ menunjukkan secara conventional. Keputusan perlukan kelulusan JKR KL, sedangkan yang memantau JKR manjung, di kawasan JKR TLDM. Kami yang tukang bina jadi pening kepala.
Bende jadi susah bila kami buat VO. Sebenarnya kami pun taknak keluar VO ni. Tapi nak buat macam mana. Pihak perunding struktur kami menyatakan untuk menepati standard JKR punye keselamatan, kita kene tambah piling point dari BQ asal. tapi ni sebenarnya bukan VO pun. dalam kontrak kata Provisional Sum. But they treat it as VO since bende ni beso sgt.
Last2 aku gak melangut takde keje.. cet.. bila la Ulamak nak ajar aku isi CPM ngn tender..
"Makin gelap la aku. Harap2 tak la awek aku tinggalkan aku sebab aku da gelap."
ReplyDeletehahaha..."like!"
owh no, sabtu..~