Hari Isnin ni pada 23/8/2010.. piling da boleh start.. so aku tak la melangut lagi.. mungkin aku akan jadi lambat update blog ni. ntah la. tgk la camne.
Di dalam mesyuarat pada rabu 18/8/2010 hari tu, mesyuarat teknikal di ipoh, Ulamak terus shoot satu soklan yang agak tajam tapi memang patut pun di shoot pada pengerusi mesyuarat ketika itu. soalannye berbunyi..
"kami boleh start piling hanya dengan kelulusan dari geoteknikal semata-mata atau kami kene tunggu surat kelulusan kewangan juga?"
Pengerusi decide utk teruskan je piling dengan hanya surat dari geoteknikal. kerana surat kelulusan kewangan ni susah sikit. kene tunggu sampai lebam, piling kami da retak disebabkan luluhawa. mesin piling kami da roboh sebab karat air masin tepi laut bersama hujan panas, mungkin barulah surat kelulusan kewangan akan keluar.
Chaiyok Ulamak dengan soalan tersebut..
bukan ape, kelulusan kewangan ini sudah lama menjadi bahan mainan politik oleh SO kami. kene plak SO memang sudah ada di situ, mungkin terkesan juga soalan itu pada dia.
Cuma, keje2 piling ini akan bertindih dengan waktu belajar cam ne nak Isi BQ. sedangkan mungkin aku kene juga jaga piling . aku taknak miss belajar isi BQ. tgk la ade rezeki ke tak.
Friday, August 20, 2010
Tuesday, August 17, 2010
Miapolis
Gambar di atas adalah gambar miapolis, bangunan tertinggi di dunia (kalau berjaya dbina la) selepas burj of dubai. Bangunan ni (atau boleh ku katakan bandar baru) akan dibina di atas air di miami florida. Dulu lecturer aku penah cakap yang orang barat bina bangunan tinggi sebab nak penuhi demand. Tapi sekarang rasenye lebih kepada ego. Taknak kalah dengan Dubai kot.
Bawah ni aku post beberapa image lagi..
Dalam Miapolis ni ada kondo dalam 1000 unit, hotel lak 800 bilik. Kemudian dia letak la (agak aku) kedai, restorant, bar, shopping complex kemudian ntah ape2 lagi la kot. Tu sebab aku katekan bende ni da jadi macam bandar. Silap2 kan, penduduk dalam ni takyah jejak tanah dah boleh gi keje, gi sekolah, gi makan, gi jogging.. haha.. pandai2 je aku tambah2..
Bangunan ni pun walaupun besar, elektrik dia dijana dari tiupan angin hingga ke tahap 60%. Teknologi Green Building la nih.
Tapi kelemahannye, air kumbahan derang recycle sebab nak jimat penggunaan air. Yucks..
Tapikan, mesti civil engineer cam aku ni tak boleh cari makan. Dulu manusia bina banyak bangunan. Banyak la keje boleh dapat. Sekarang manusia bina satu bangunan sebesar2 yang boleh tanggung ratusan ribu penduduk sekali gus. Susah la nak cari job. Kalau dapat job untuk buat Miapolis ni memang best la. Tapi mesti dia ambil civil engineer yang otai-otai. hurmm.. nampaknye aku kene la jadi otai cepat2..
Sunday, August 15, 2010
Interlocking Blocks Building System
video di atas menceritakan bagaimana zaman sekarang ni punye teknologi untuk buat rumah. rumah ni jadi tersangat murah sebab:
1)batu bata tu buat sendiri dengan mould yang diberi
2)tak reti susun bata pun takpe, bata tu memang senang disusun
3)sorang je reti buat keje da boleh ajar pekerja2 dia buat keje
4)takde gune besi sebagai reinforcement (mungkin boleh bina setinggi 5 tingkat je)
aku cukup suke la produk2 macam ni.. just ikut spec yang disediakan oleh pengeluar produk je.. hire kawan2 yang lepasan spm yang tengah takde bende nak buat je da boleh buat rumah sebijik.. caya lah.. for more info gi website ni..
http://www.habitech-international.com/
Meeting
Hari rabu ni ade meeting dengan JKR ipoh.. Hal cerucuk ni la.. Dengan harapan lepas meeting tu ade la decision yang kami boleh proceed piling..
Tapi kan.. dalam waktu bulan pose ni.. aku malas la plak nak start piling.. biar la ape keputusannye.. jadi pun best.. tak jadi lagi best..

Tuesday, August 10, 2010
Melangut lagi..
Hari ni aku duk tak buat ape2 lagi.. da masuk hari ke berape aku pun da tak kire..
Esok kalau ikutkan Kalender Malaysia, semua muslim di Malaysia akan berpuasa. Selamat berpuasa la ek, jangan ngelat lak..
Aku pulak.. mengikut perkembangan semasa.. mungkin akan mula kerja2 melantak cerucuk dalam bulan puasa. Matahari yang panas memancarnya.. kene kira pula setiap ketukan mesin pelantak cerucuk membuat kerja. Makin gelap la aku. Harap2 tak la awek aku tinggalkan aku sebab aku da gelap.
Bukan mudah nak mendapat keputusan memulakan kerja pelantakan cerucuk ni. Walaupun sudah declare dalam BQ bende ni Provisional Sum, tapi penambahan bilangan point cerucuk dan menanam cerucuk yang lebih dalam dari BQ masa kami isi tender membuatkan keputusan untuk memulakan kerja pelantakan cerucuk ini menjadi lebih sukar. Kerana setiap pekerja yang ada bos akan pass keputusan kepada bos, bos tu pulak akan pas kepada bos atas dia, bos itu plak akan pas kepada bos atas dia lagi. waa.. bila mau abis da..
Projek ini sudah macam rojak. Sungguhpun rojak itu sedap tapi dalam projek kami ni sungguh pedas la plak. Tender ni kata reka dan bina. tapi bahagian arkitek, JKR yang pegang. Kami kene buat kontrak ini secara IBS tetapi BQ menunjukkan secara conventional. Keputusan perlukan kelulusan JKR KL, sedangkan yang memantau JKR manjung, di kawasan JKR TLDM. Kami yang tukang bina jadi pening kepala.
Bende jadi susah bila kami buat VO. Sebenarnya kami pun taknak keluar VO ni. Tapi nak buat macam mana. Pihak perunding struktur kami menyatakan untuk menepati standard JKR punye keselamatan, kita kene tambah piling point dari BQ asal. tapi ni sebenarnya bukan VO pun. dalam kontrak kata Provisional Sum. But they treat it as VO since bende ni beso sgt.
Last2 aku gak melangut takde keje.. cet.. bila la Ulamak nak ajar aku isi CPM ngn tender..

Sunday, August 8, 2010
Nak demam kot..
Aku rase hari ni aku macam nak demam je. Tapi hari ni ade meeting dengan client untuk menerangkan design terbaru engineering struktur. nak pegi meeting ke taknak. Tak tau la. Dari meeting inilah akan menentukan secara ciput kami sebagai kontraktor boleh menanam cerucuk atau tidak.
Bila nak demam (bukan demam, nak demam). Mulut aku akan terase pahit, tulang rusuk aku pulak sengal2. Aku perlukan ubat. Bukan paracetamol. Itu nak bagi demam aku baik. Tapi sejenis penawar. Yang aku je ade. Kalau boleh, penawar tu ade bersame aku sekarang. Aku rindukan penawar aku time2 macam ni..
Aduh....

Friday, August 6, 2010
Duk Sarawak???
Hari ni, sorang kawan kat tempat keje aku tunjuk yg kat sawarak ade kerja kosong untuk JKR sane. Dia suh aku apply. Kena plak aku memang lahir kat sane so seswai la. Tapi still jauh gak pada aku. Bab2 serawak ni abg aku yang sulung tu da biase benar gi sane. Alah yang orang minyak tu..
Kemudian Ulamak, mentor aku pun tegur,
"kalau kau keje sawarak sangkut ngn bidayuh la jawabnye kat sane"
Dalam hati aku 'lawa ke bidayuh'
so aku search la dalam internet.. ini la gambar aku dapat..
kepada tuan punye gambar ni, sori la, main amik je masuk dalam blog aku.

Thursday, August 5, 2010
Mula...
Ape nak mula ntah la.. aku pun tak tau..
Aku sekarang tengah duk melangut menunggu kucing bertanduk... Sebegitulah perumpamaannya.. Sebenarnya tak la bertanduk sangat pun. Sebab last2 start juga ape yang patut di start.
Cerita bermula ketika zaman jajahan orang minyak ke atas aku yang memberi sedikit harapan untuk menjadikan aku juga orang minyak dengan cara "belajarlah rajin-rajin". So, aku belajarlah rajin2. Namun atas sebab-sebab yang dinyatakan bahawa aku ni tak layak jadi orang minyak agaknya, jadi aku terperosok la kat manjung ni.
Allah telah beri jalan pada aku ke jalan yang aku hendak. Walaupun ada kecewanya tidak menjadi orang minyak seperti abg aku yang sulung sekarang, tapi aku begitu suka dengan sistem bangunan cepat siap membuatkan Dia, Yang Maha Mengetahui, meletakkan aku kat manjung ni, menguruskan sistem rumah cepat siap (IBS la dalam bahase englandnye).
Aku juga bersyukur dapat mentor yang baik. Mentor ini aku namakan Ulamak la dalam blog aku ni sebab ulamak bermakna orang berilmu dalam bahasa arab. Disebabkan mentor aku ni berilmu dalam bidang konstruksi, maka dia juga Ulamak la pada aku. 22 tahun dalam bidang konstruksi, masa umur aku tak sampai 2 tahun dia da masuk kerja.
Baiknya Ulamak ini dia seorang yang warak. Namun banyak jugalah cabarannya sebagai seorang yang warak dalam syarikat kontraktor. Bukan aku berkata syarikat tempat kerja aku ni kontraktor yang jahat. Namun sebaik manapun kita dalam sesebuah syarikat, kita tetap tidak boleh berterus terang dalam beberapa perkara yang boleh merosakkan kerjaya dan reputasi syarikat. Betul tak?
Ada benda yang perlu kita rahsiakan untuk mempercepatkan urusan kita. Namun perkara itu tidaklah melibatkan teknikal atau kewangan yang beso. Kalau kedua-dua itu wujud maka kita ada masalah lain dengan pelanggan. Masalah ini akan aku cerita bila ade mase lain. (tu sebab aku boldkan untuk ingatkan aku ceritakan pada korang. kalau nak dengo la).
Benda yang penting aku belajar adalah mulut perlu dijaga. Bukan mudah pun nak jaga kena plak orang macam aku. Bab-bab bercakap ni memang aku suke. Harap2 orang sekeliling beranggapan positif dengan aku.
Akhir kata, blog ini aku akan ada tipu2 dan ada yang aku bercakap benar. so kalau korang rase nak kene tipu dengan aku, atau nak dengar aku bercakap benar, atau nak dengar dua2 sekali, atau nak main teka-teki yang mana aku cakap tipu yang mana aku cakap benar. bacalah. kalau taknak kene tipu.. cari la blog lain ek..

Subscribe to:
Posts (Atom)