Monday, December 26, 2016

Cara Mendapatkan Professional Engineer di Malaysia (Part 1)

Selalu aku ditanya oleh rakan-rakan engineer, baik yang Civil Engineer atau pun tak, cara nak mendapatkan title Professional Engineer (PE). Sebenarnye, dengan beberapa phone call kepada BEM atau IEM, dan rajin membaca website BEM atau IEM, korang boleh tahu cara-caranya. Tapi dalam blog aku kali ini aku cuba simplifiedkan cara apa aku buat.

1) Selepas korang graduate, korang dapat je sijil engineer korang dari universiti korang, terus jangan bertangguh lagi, daftar diri korang dengan BEM. Sesiapa yang tak buat bende ni aku mmg tak dapat nak tolong pape. Sebab ini adalah bende paling asas. Walaupun korang tak buat design, walaupun korang hanya buat project management, korang sepatutnye, sebagei engineer di Malaysia, hendaklah berdaftar dengan BEM. Penting. Dan menjadi satu kesalahan kepada syarikat yang mengambil engineer tanpa berdaftar dengan BEM. Malah, kalau korang tak daftar, korang tak boleh proceed pun ke step no. 2. Sebab kalau tak daftar, kire consider korang berkerja sebgai engineer yang tidak bertauliah la di Malaysia ni.

2) Lepas daftar BEM, buat kerja engineering korang selama 3 tahun. Pastikan untuk libatkan diri korang dengan kerja design di office (consutltant) dan kerja di site (consultant atau contractor pun boleh). Kalau ikutkan, syarat BEM kena ada setahun kerja di site, Setahun kerja di design office, dan setahun lagi bebas (bebas ni buat kerja project management pun takpe). Masa korang buat kerja design tu, jangan lupe lak simpan segala report design korang dalam simpanan personal korang. 

3) Dalam masa 3 tahun ni, korang pilih satu atau dua design report korang dan buat la experience report korang. Sebagai contoh aku highway engineer, aku hantar Geometric Design Report dengan Pavement Design Report. Experience report lak aku ambik dari resume aku, aku tukarkan dari bullet points kepada ayat. Tu je. Adalah dalam 5 muka surat je experience report aku. Siap termasuk muka depan lak tu.

4) Kemudian isi borang IEM untuk duduki interview PE. Atau, korang juga boleh isi borang BEM interview PE. Pilih la mane satu korang nak. Aku ambik melalui IEM. kelemahan dan kelebihan setiap borang ni akan aku terangkan dalam blog entry lain (sila ke sini utk maklumat lanjut).

5) Kemudian hantar la borang terisi tu bersama dengan design report dan experience report korang ke IEM/ BEM (bergantung pada borang yang korang isi). Kemudian tunggu la korang dipanggil untuk interview oleh interviewer.

Itu sahaja untuk entry kali ni. Senang je kan? cuma aku nak bagitau la. dalam step ke 2) tu, korang kena mula ada visi dan misi dari awal lagi. Pandai-pandai la korang adjust camne nak dapatkan site experience dan design experience selama setahun setiap satu. Lagi awal korang dapat penuhi syarat ni, lagi awal korang dapat apply PE korang. Cam aku lewat skit la, da 4 tahun kerja kontraktor buat project management dengan kerja kat site, tahun ke 5 baru aku join consultant untuk dapatkan design experience. Dah rugi 2 tahun.

Ikuti sambungan di Part 2

Tuesday, September 20, 2016

Kisah Gajah Ditambat

Suatu hari, seorang lelaki mentertawakan seekor gajah kerana tidak lari, sedangkan ia hanya ditambat dengan tali yang hanya sebesar jari kelingking.

Apabila dia bertanya pada penjaga gajah tersebut mengapa gajah itu tidak rentap sahaja tali itu dan melarikan diri? Kalau diikutkan dengan badannya yang besar itu pasti merentap tali tersebut perkara paling mudah baginya.

Jawab penjaga gajah itu, tali itu sudah lama mengikat gajah itu. Sejak dari kecil lagi. Masa gajah itu kecil pastilah ia tidak boleh rentap putus tali tu. Tapi sebab ia da cuba banyak kali masa kecil, bile gajah tu da dewasa dan besar, ia masih lagi memikirkan yang ia masih tidak mampu merentap putus tali itu.

Begitu juga sebenarnya kita manusia. Bile ditanya "kenapa ko tak berusaha untuk berjaya?". Jawab mereka yang berfikiran kecil "aku da usaha da, banyak kali dah, tapi gagal jugak. Kejayaan bukan untuk aku rasenye".

Kita kena buang fikiran begini. Kita kena fikirkan yang kita boleh. Kita tak boleh berputus asa mengejar kejayaan. Kerana kita sendiri tidak tahu, bila masanya kita mampu. Kita mampu untuk merentap putus tambatan kelemahan kita da menuju kejayaan.

Friday, September 2, 2016

Ir. Azizul bin Tn. Hj. Hawari

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Dengan limpah dan kurniaNya, Dia memudahkan perjalanan aku untuk mendapatkan apa yang aku mahukan. Iaitu title jurutera profesional.

Sekarang aku kena kumpul lebih banyak ilmu dan pengalaman untuk mendapatkan satu lagi milestone aku iaitu Practising Certificate atau PE with PC. Dengan ada PE with PC, baru aku ada hak/kuasa untuk sain lukisan dan dokumen kejuruteraan awam utk submission.

Lepas dah dapat PE with PC, aku akan buka satu syarikat sampingan dahulu. Cari la sikit duit tepi asalkan tidak bersalahan dengan agama dan undang-undang. Bab ni aku kene la study lebih skit.

Dalam masa yang sama, aku perlu bijak networking. Alhamdulillah, aku dapat rasakan ada beberapa rakan aku yang sekepala untuk aku form satu syarikat bersama. Aku akn buat secara part time dulu. Da ade simpanan yang mencukupi, da ade projek-projek yang besar dan best kami dapat, kami akan go all out la lepas tu.

Aku juga da tahu satu cara atau sistem yang paling berkesan untuk memastikan pekerja aku bekerja dengan penuh  bahagia produktif. Cuma aku kena start menaip sistem syarikat aku mulai sekarang. Tak perlu perfect system. Tapi sistem tu kenalah makin baik dan berkesan. Aku percaya, dengan cara ini, akan ramai jurutera hebat-hebat dan talented nak bekerja dengan kami nanti.

Kemudian, aku nak jadikan syarikat aku berhad. Masuk ke dalam BSKL. Tujuannya, supaya aku dan team aku nanti boleh berbakti kepada lebih ramai manusia di muka bumi ini. Dan aku dapat melibatkan lebih ramai orang untuk join kami, secara milikan saham atau secara langsung bekerja dengan kami.

Jauh lagi perjalanan ini tapi memang possible. Aku yakin, InsyaAllah. Doakan aku.