Sunday, February 12, 2017

Ujian Kecil Dari Allah

Uisyh.. Dengar2, shuib ngn sarah nk bersanding kali ke2. Aku pown kalau ada rezeki nk gak sanding sekali lg. Hihi.. Tue cara shuib nk hargai sarah yg terima dia seadanya sejak dulu yg xada apa2.

Dan shuib pown jenis xlupa diri, bila dia senang dia xlupa owg yg ada dgn dia masa dia susah dulu.. 

Sebenarnya, bila mana kita diuji, pasangan kita juga diuji.. Adakah dia akan setia dan sabar dgn kita, ketika mana kita dalam kesusahan dan sakit.?. Gitu...

Tp yg sebenarnya, nk citer masa aku demam aritue jew. Hahaha.. Isteri aku jaga aku.. Terharu kejap.. Aku doakan isteri aku akn terus kekal setia melayan aku dan menjadi permaisuri dihati ini. Chia chia chia..


1)3 February 2017, pagi tu aku rase sejuk dan sengal sengal badan. Macam nak demam.


2) Start je lepas solat Jumaat, memang aku terus demam. Aduh, badan aku rase sejuk sangat. Pakai blazer aku pun aku rase sejuk kematu. So, aku call wife aku cakap aku demam. Mintak tolong dia masakkan aku sumthing special untuk penuhi tekak aku yg tengah demam ni. Demand la plak aku nih. Tapi wife aku tunaikan. Dia masakkan aku spegetti balognese. "Mak, masak spagethi bolognese" "sedap". Hihi

3) Balik rumah, masuk pintu umah je, aku dah tak tahan dah. Aku masuk bilik dan terus kelubung dalam selimut. Wife aku tanya nak mandi ke, nak makan ke, atau nak rehat dulu? Aku cakap aku nak rehat dulu. Terlalu sejuk badan ni aku rase. Wife aku rase dahi aku dan dia cakap "memang demam awak ni".

4) Aku tertidur dalam kelubung selimut. Wife aku gerak aku. Dia pujuk aku suruh mandi. Aku paksa la diri untuk mandi. Rupenye wife aku dah sediakan air suam untuk aku mandi. Wife aku masakkn air panas dan campur dengan air paip untuk jadikan suam. Sebab umah aku ni tak pasang pemanas air. Dengan air suam tu dapatla aku mandi dengan selesa.

5) Dah segar mandi, aku makan spegetti masakan isteri aku. Pergh, mmg best. Walaupun aku tengah demam tetap rase sedapnye. Tapi sorry ye syg.. Tak dapat makan banyak sebab tekak tgh tak brape best.

6) lepas makan, aku telan paracetamol dua bijik dan terus sambung tidur. Tengah malam aku terjaga lepas rase sihat skit dan badan pun da berpeluh sebab berselimut. Baru la aku bangun sembahyang. 

7) Thx syg sebab jaga sy time demam. Thx juga sebab memahami.. :-)

Untuk isteri yg kucintai dan sayangi, aku xmampu menjanjikan bulan dan bintang.. Cuma InsyaAllah akan kuhadiahkan sebuah kesetiaan dan kasih sayang yg xberbelah bagi untukmu.. Semoga kasih sayang kita akan berkekalan hingga ke Jannah. 

Sunday, February 5, 2017

Hyperloop - Pengangkutan yang Hebat

Rupe Hyperloop bile tengah travel. Tapi gambar ni ilustrasi sahaja. Sebenarnye tiub dia bukan la lut sinar camtu.
ILLUSTRATION BY HTT/JUMPSTARTFUND/OMEGABYTE 

Saya mula2 terdengar cerita pasal hyperloop ni dari radio pagi. Mase tu sy dengar mase nak gi keje. Teknologi ni sedang dalam pembinaan di Dubai.

Idea ni datang dari Elon Musk ni membuatkan mata saya terbeliak besar. Sebab dia berjaya buat satu pengangkutan darat yang lebih laju dari kapal terbang, tapi sangat mudah nak naik macam keretapi. 

Bile siap nanti... Hyperloop akan jd kenderaan terlaju di dunia (buat masa ni, masa depan kite tak tau lagi la).. Bayangkan dengan kelajuan purata 970km/j dan lelajuan tertinggi mencecah 1200km/j. Setakat dari sempadan Thai ke sempadan Singapore mengambil masa lebih kurang 25minit je, mmg kacang je la bg hyperloop.
Contoh Rupe Teknologi Hyperloop
(sumber gambar dari Wikipedia)

Untuk keterangan mudah paham, boleh dikatakan. Hyperloop ni mcm keretapi la.. Tapi kalau keratapi, mesti kene ada railway. Hyperloop plak akan guna paip dan daya tekanan.

Citernye lebih kurang gini.. Derang letak penumpang dalam gerabak, kemudian letak gerabak tu dalam paip. Lepas tu derang sedutkan udara di depan gerabak tu sampai bertekanan udara depan gerabak jadi rendah.. Tekanan tinggi di belakang gerabak akan tolak gerabak tu ke depan dengan daya yang tinggi.

Lebih kurang mcm korang main sumpit kacang hijau dengan straw la... Korang masukkan sebijik kacang hijau dalam straw.. Lepas tu korang tiup straw tu hala ke kepala kawan korang.. Kalau kene  sepuk ngn kawan korang tu jgn la marah.. Sebab mmg sakit sumpit kacang hijau ni..:-D

Kalau ade duit la.. Sy cadang nak buat la sebijik kat Malaysia.. Boleh sy keje kat KL tapi umah kat Perak kan?? :-)

Sumber article: Wikipedia

Wednesday, February 1, 2017

Good News - PDP Sudah Dibatalkan BEM!!

Semasa saya mahu mendaftar saya punye PE di BEM pada bulan June 2016, saya diberitahu di kaunter BEM yang Professional Development Program (PDP) sudah pun dimansuhkan. Mungkin ada yang tahu apa itu PDP. Tapi takpe la, biar saya terangkan kat sini.

PDP ni adalah kursus yang korang  wajib kene ambik, sebelum korang boleh daftar diri korang sebagai PE. Korang kene ambik kursus-kursus yang berkaitan dengan engineering korang sikit-sikit, kumpul-kumpul, sampai cukup 24 jam, dan korang kene ambik 3 kursus wajib yang dibuat oleh IEMTC. 3 kursus wajib ini adalah project management, ethics dan safety. Setiap kursus ni adalah bernilai 12 jam dan dijalankan selama 2 hari. So in total, korang kene ambik kursus ni 60 jam, baru korang boleh berdaftar PE dengan BEM.

Seperti yang saya terangkan dalam entry sebelum ni, berikut adalah secara ringkas yang korang kene buat.

Graduate engineer --> daftar BEM sebagai graduate engineer --> kerja selama tiga tahun dengan setahun di site dan setahun di consultant firm --> buat report technical dan experience kemudian hantar ke IEM --> dah lulus report korang, korang akan dipanggil interview dan jawab dua soalan essay --> bila da lulus interview dan essay korang, korang kene pergi ke BEM dan daftar PE dengan BEM, baru korang dapat title Ir kat depan nama korang.

Step terakhir ni yang korang kene cukupkan PDP korang. Kalau tak cukup, penat je korang buat semua bende yang korang buat sebelum tu. Sebab korang tak dpt pun daftar PE korang.

Tapi, good news, PDP dah dimansuhkan. So takyah pikir dah bende ni.

Cuma pendapat saya la, kursus wajib PDP tu bagus sebenarnye. Banyak bende baru saya belajar. Untuk kursus keselamatan takpe tak ambik, kalau korang dah ade green card cidb, kursus tu lebih kurang mcm tu je. Tapi yang ethics dan project management tu, memang banyak info dan bende menarik kat dalam kursus tu. So bile da batal ni, saya rase rugi gak untuk young engineer tak merase gi kursus ni dah.

Pengumuman oleh BEM tentang PDP da tak wajib. 
Boleh ke Website BEM di sini untuk Maklumat Lanjut.