Aku tgh baca buku ni. Tajuk dia The ONE Thing. Memang hebat buku ni. Aku selama ini silap. Semua benda aku nak kejar. Semua benda aku nak jadi.
Aku memang suka belajar. Tapi belajar tu bagus la. Tapi nak jadi tu aku kena bermatlamat kepada SATU bende je dalam hidup aku.
Aku suka belajar kejuruteraan tu takpe. Tapi aku nak jadi pakar dalam semua kejuruteraan awam memang tak boleh. Contohnye aku nak jadi jurutera struktur. Lepas tu tgk industri air aku nak pula jadi jurutera Industri air. Kemudian teringin pula nk jurutera lebuhraya. Lepas tu teringin nk jurutera geoteknikal. Ade masenye aku nak bertanding jadi wakil rakyat. Tgk Dato' Lee Chong Wei main badminton aku terase nak jadi jaguh badminton. Terlalu banyak bende aku nak kejar.
Tapi buku ni menyatakan kalau semua tu aku nk kejar, aku akn jadi seorang yang biasa2 untuk semua. Tahu semua tapi bukan pakar. Sebab masa, tenaga dan fokus kita sebenarnya, bila dipakai, akan susut. Kemudian kene ada latihan dan rehat yang cukup untuk dpt balik tenaga dan fokus kita. Jadinya, kalau kita bahagi kepada banyak bende yg kita nk buat, kita akan jadi lemah untuk semua bende tersebut.
Jadi lebih baik kita TUMPUkan pada SATU bende sahaja dalam hidup. Macam aku, sekarang aku seorang jurutera jalan dan lebuhraya. Tumpukan sepenuhnya pada yang itu sahaja sampai akhir hayat untuk jadi seorang yang pakar jalan dan lebuhraya. Boleh belajar bidang lain juga tapi dengan tujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kehebatan aku sebagai jurutera jalan dan lebuhraya. Itu jer.
Kemudian buku ini juga ada mengajarkan, kita kena ada matlamat hidup atau goal yang BESAR. Sebagai contohnya, aku akan jadi seorang CEO untuk civil engineering firm yang berstatus berhad. Kemudian aku kenalah, mulai dari sekarang, mencari ilmu, kenalan, masa, tenaga, sumber, mentor dan pelbagai lagi untuk melengkapkan diri aku mencapai hasrat tersebut.
Kemudian buat target untuk 5 tahun untuk capai matlamat tu. Lepas tu target setahun untuk capai matlamat 5 tahun. Target bulan ni untuk capat matlamat setahun. Target minggu ni untuk capai matlamat bulan ni dan apa SATU bende yang paling penting aku kene buat sekarang untuk capai matlamat minggu ni. SATU bende yang bila aku buat, matlamat itu jadi mudah capai dan dan benda2 lain jadi takyah buat.
Malah buku ini ajarkan aku supaya sentiasa berfikir dan mencari SATU bende yang paling penting untuk dibuat sekarang, supaya dengan membuatnya, akan jadikan bende lain senang nak buat atau takyah buat terus. Ini juga ilmu produktiviti yang sgt bermanfaat.
Bende yang paling penting untuk dibuat sekarang mestilah bertepatan dan menuju ke arah goal atau target besar kita. SATU je dah cukup. Jangan banyak2. Sebab masa hidup kita singkat. Tenaga kita pun limited. Fokus kita pun tak panjang (tapi boleh dilatih skill fokus kita jadi panjang dengan selalu buat latihan fokus). Jadi, lebih baik tumpukan sepenuh hati, jiwa, tenaga dan segalanya untuk capai matlamat besar yang SATU itu dgn sungguh2.
No comments:
Post a Comment