Tuesday, April 5, 2016

3 Tips Utama untuk naikkan semangat bekerja

Kita tidak selalunya suka kerja yang kita buat. Walaupun sebenarnya, secara keseluruhannya kita suka kerja kita. Contohnya aku bekerja sebagai jurutera awam. Kerja-kerja sebagai jurutera awam sangat saya sukai. Tapi kadang-kadang kene marah dengan klien atau bos membuatkan kita tidak suka bekerja pada masa itu.

Jadi, ada masanya kita akan jadi seorang yang sangat produktif. Tapi ada masanya kita akan lemah semangat nak melakukan kerja. Ini adalah 3 cara saya memastikan kerja dapat diselesaikan walaupun kita tengah lemah semangat:

1.Ingat kembali goal atau target kita.
Dengan mengingat kembali goal besar kita, dengan mudah kita akan kembali bersemangat. Sebagai contoh kalau hajat tu nak jadi CEO syarikat. Kenalah ingatkan diri sendiri bahawa "aku nak jadi CEO syarikat, jadi perkara biasalah kene marah dengan client"

2. Menulis/membaca perkara yang disyukuri
Perkara yang paling baik adalah dengan menulis perkara yang kita syukuri setiap pagi. Antara sebab bangun awal pagi itu penting. Menulis akan membuatkan gelombang positif dalam diri berkembang. Kemudian, bila tiba masa lemah semangat, baca semula apa yang kita tulis. InsyaAllah semangat kerja akan kembali.

3. Melakukan senaman ringkas
Ketika kita tengah lemah semangat, otak kita akan jadi malas. Jadi kita kena kejutkan otak kita kembali dengan melakukan senaman fizikal. Cara saya, saya akan melakukan larian setempat di dalam surau pejabat ketika tiada orang. Tak pun saya akan buat tekan tubi. Secara automatik otak kita akan kembali cergas untuk buat kerja semula.

Oleh itu, rutin harian selepas bangun pagi adalah penting untuk memastikan harian kita akan terus produktif.



No comments:

Post a Comment