Kebelakangan ini aku rajinkan diri untuk belajar pasal kejuruteraan geoteknikal. Secara jujurnya, masa di bangku universiti dulu, aku kurang berminat dengan geoteknikal ni. Jadi, keputusan geoteknikal aku memang kurang memberangsangkan dan aku mohon maaf kepada pensyarah aku kerana mengecewakan mereka.
Tapi selepas aku bekerja, aku telah didedahkan akan peri pentingnya kejuruteraan geoteknikal ni. Di mana sahaja kerja jurutera awam memang perlukan jurutera geoteknikal. Kecuali kalau kerja itu dibuat di angkasalah. Mungkin kepakaran geoteknikal ini tidak diperlukan.
Antara sebab musabab aku kurang berminat dengan kejuruteraan geoteknikal ini adalah, aku merasakan ilmu kaji tanah ini masih kurang jelas. Segala berkaitan dengannya lebih kepada keputusan melalui pengalaman dan eksperimen. Tidak datang dari kajian mendalam mengenai ilmu kaji bahan seperti yang dilakukan dalam kejuruteraan struktur.
Namun, inilah kehidupan sebagai jurutera awam. Mana boleh, dalam kehidupan praktikal yang sebenar, semuanya dikaji sehingga pasti. Kalau nak tunggu pasti, maka tiadalah bangunan tinggi di dunia ini.
Sekarang ini, aku mulai berminat untuk memahami kejuruteraan geoteknikal kerana aku sudah nampak akan aplikasinya dan kepentingannya di dalam dunia jurutera awam. Seperti aku katakan tadi, hampir semua, silap-silap semua jurutera awam perlukan khidmat jurutera geoteknikal ini.
Benda paling penting dalam geoteknikal adalah memahami kekuatan tanah. Kekuatan tanah, secara asasnya, hanya datang dari dua sumber sahaja. Ha? Dua sumber sahaja? Biar betul? Ya, dua sumber sahaja. Fahami kedua sumber kekuatan tanah ini boleh memudahkan anda memahami keseluruhan idea geoteknikal ini. Hebat bukan?
Kedua-dua sumber tersebut adalah daya geseran, yang menjadi sumber utama daya kekuatan di dalam pasir, dan daya lekitan, yang menjadi sumber utama dalam tanah liat.
Daya geseran, berlaku antara butiran-butiran pasir yang bersentuhan antara satu sama lain. Memang setiap sentuhan, dalam sains fizik, akan membentuk geseran. Jadi geseran ini menjadi kekuatan kepada tanah jenis pasir.
Manakala dalam tanah liat pula, daya lekitan menjadi sumber utama kekuatan. Kalau anda bermain dengan tanah liat, anda akan rasa tanah liat tu melekit atau melekat-lekat di tangan anda. Itulah daya lekitan.
Dalam kiraan kekuatan tanah, pasir dianggap tiada daya lekitan. Manakala tanah liat pula selalunya, bukan setiap masa, akan dianggap tiada daya geseran. Ini bagi memudahkan kiraan dan kiraan kekuatan tanah akan menjadi lebih konservatif.
Bayangkan, hanya dari dua daya ini, maka keseluruham ilmu kejuruteraan geoteknikal tercipta. Menarik bukan? Cuba bayangkan, dari pembinaan bangunan tertinggi seperti KLCC dan Burj of Dubai, pembinaan jalanraya seperti PLUS, semua memerlukan kajian terperinci mengenai geoteknikal. Namun semua itu masih kukuh sampai sekarang kerana pengetahuan manusia akan daya geseran dan daya lekitan.
Jujurnya, jurutera dalam bidang geoteknikal ini masih banyak yang tak tahu dan kurang pasti pasal tanah. Kajian baru sentiasa akan keluar dan kalau mereka malas belajar pasti akan ketinggalan. Namun kami jurutera kena memastikan, dengan ilmu yang ada, struktur binaan cukup kukuh, untuk menjamin keselamatan awam.
P/S: Saya pun baru nak berjinak dalam dunia kejuruteraan geoteknikal ini. Jadi kalau entry kali ini ada salah fakta, tolong tegurkan. Terima kasih.