Wednesday, February 3, 2016

Anakku

Alhamdulillah.. diam tak diam.. aku dah dikurniakan Allah Taala seorang anak lelaki. Kami namakannya Afif Firas. Dari segi perkembangannya.. dia nampaknya seorang yg sgt bijak dan cerdik.

Dari pergerakan dia.. aku nampak banyak yang boleh aku belajar. Misalannya, selepas dia pandai mengesot ke depan, dia akan mengesot pada bende bende yg dekat dengan dia.

Jadi selalunya aku akan letak mainan dia dekat dengan dia. Kalau letak terlalu jauh, dia bagai tidak mahu menuju ke mainannya. Mungkin dia rase bende itu sukar dicapai jadi dia tidak berminat pun nak kejar.

Sebenarnya, kita pun begitu. Kalau goal hidup kita terlalu besar, kita akan cepat berputus asa untuk menggapainya. Namun kalau kita pecahkan goal besar itu kepada goal yang kecil. Dan berusaha menggapai goal kecil satu per satu, maka goal hidup kita sebesar mana pun mampu kita capai.

No comments:

Post a Comment