Saturday, February 20, 2016

Isteriku

Hari ni isteri aku masuk hospital. Denggi kate nye. Macam tak percaya. Tp kalau dah jadi kene la terima dengan redho.

Aku berharap sgt dia tabah menghadapi. Dia perlu bersemangat dan jgn putus asa. Aku percaya hanya semangat sahaja yang boleh sembuhkan penyakit denggi ni. Setakat ini masih belum ada ubah yg betul2 diyakini.

Ubat denggi ni cuma bagi cukup air dlm badan sahaja. Lain takde. Aku cakap betul. Kalau ade la sesiapa yg mampu buat ubat denggi. Aku rase dia akan jadi kaya raya. Walaupun dia jual ubat tu dengan keuntungan yg kecil.

Sesiapa yang baca blog aku ni. Walaupun aku tak tau la sape yang akan baca. Tolong la doakan supaya isteriku cepat sembuh. Dan doakan juga orang yg kene denggi ni cepat sembuh. Dan doakan juga ada la orang akan jumpa penyembuh kepada denggi ni.

Aku sebagai suami pula. Aku rase gagal menjalankan tanggungjawab aku dengan sempurna. Salah satu tanggungjawab aku adalah berikan rumah yg selesa dan selamat pada isteri. Nampak gayanya rumah ini tidak selamat lg. Aku kene cari rumah yg lebih baik yg jauh dari kawasan pembiakan nyamuk aedes..


Thursday, February 4, 2016

Kata kata dalaman

Kata kata sangat penting dalam komunikasi. Tapi jauh lebih penting sebenarnya, kata kata yang kita katakan pada diri sendiri. Tidak penting apa kata orang pada kita. Apa yang kita kata pada diri sendiri itu jauh lebih penting.

Pada aku, benda yang positif dari orang kita jadikan contoh tauladan. Bende yang baik dari orang kita jadikan sempadan. Berubah jadi lebih baik dari masa ke semasa.

Namun kalau kita dihina atau sebab dengki dan cemburu orang sekeliling. Disebabkan niat buruk orang sekeliling. Perkara seperti itu kita kene lawan. Kata kata mereka tidak memberi impak pun pada kita. Apa kita katakan pada diri selepas itu yang kene jaga. Itu lebih penting.

Wednesday, February 3, 2016

Anakku

Alhamdulillah.. diam tak diam.. aku dah dikurniakan Allah Taala seorang anak lelaki. Kami namakannya Afif Firas. Dari segi perkembangannya.. dia nampaknya seorang yg sgt bijak dan cerdik.

Dari pergerakan dia.. aku nampak banyak yang boleh aku belajar. Misalannya, selepas dia pandai mengesot ke depan, dia akan mengesot pada bende bende yg dekat dengan dia.

Jadi selalunya aku akan letak mainan dia dekat dengan dia. Kalau letak terlalu jauh, dia bagai tidak mahu menuju ke mainannya. Mungkin dia rase bende itu sukar dicapai jadi dia tidak berminat pun nak kejar.

Sebenarnya, kita pun begitu. Kalau goal hidup kita terlalu besar, kita akan cepat berputus asa untuk menggapainya. Namun kalau kita pecahkan goal besar itu kepada goal yang kecil. Dan berusaha menggapai goal kecil satu per satu, maka goal hidup kita sebesar mana pun mampu kita capai.